in

“Sikit lagi weh nak kena” – Akibat Berada Dekat Blind Spot Lori, Wanita Dilanggar Dan Nyaris Digilis

12Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Motorsikal adalah sebuah kenderaan yang dapat memudahkan perjalanan kita menuju dari point A ke point B. Walaupun kenderaan ini mempercepatkan tempoh masa perjalanan, sering terjadi juga kemalangan yang melibatkan mereka ini.


Menerusi Twitter milik @SanjeevanSS, dia ada share satu video berdurasi 15 saat dimana seorang wanita hampir-hampir digilis oleh sebuah lori di traffic light. Tapi nasib baik wanita itu selamat. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.

Sikit lagi weh

Kejadian ni admin rasa bukan berlaku di Malaysia. Tak pasti berlaku dimana, tapi kalau tengok number plate pada kenderaan tu, memang bukan berlaku di negara kita. Harap-harap tak ada rider tempatan yang jadi macam ni. Mintak simpang malaikat 44

Screen Shot 2019 06 30 At 1.21.02 PmItulah, lori tu tinggi, mana nak nampaknya moto kecik tu. Memang dekat situ blind spot dia. Kebetulan pulak lampu traffic light dah hijau, memang lori tu nak jalan lah. Habis dia sapu sekali minah tu. 

Screen Shot 2019 06 30 At 1.20.50 PmTak kisah lah dekat traffic light atau dekat mana pun, JANGAN DUDUK DEPAN LORI. Kalau lori langgar korang, memang jadi minced meat lah jawab nya. 

Screen Shot 2019 06 30 At 1.20.32 PmRider-rider sekalian patut ambil pengajaran dari apa yang menimpa wanita ini. Nasib baik dia masih hidup, Kalau kena gilis tu sia-sia je mati katak. Kalau nak mencelah tu tengok kiri kanan dan kawasan sekeliling. Sentiasa alert. 

Screen Shot 2019 06 30 At 1.20.11 PmInfo yang bagus buat semua. Kawasan yang bertanda oren tu adalah blind spot lori. Baik elak kawasan tu kalau berdekatan dengan lori. Silap-silap ada tahlil je nanti. 

Kepada semua yang memandu dan menunggang motosikal, kami nasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan alert dengan keadaan sekeliling. Mudah-mudahan korang semua sampai ke tempat yang dituju dengan selamat. 

Baca: “Apa salah lelaki tu?” – Hati-hati Kalau Nak Keluar Duit, Lelaki Ini Kena Tikam Depan Mesin ATM

Screen Shot 2019 06 30 At 1.42.16 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.