in

“Sakit hati dikutuk…” – Pengacara TV Maut, Lelaki Mengaku Bengang Dengan Perangai Mangsa Kuat Mengejek

Bunuh Pengacara Tv

Seorang pengacara dari Lembaga Penyiaran Televisi Republik Indonesia (TVRI) ditemui maut di longkang semalam dekat Jalan Syech Yusuf Kelurahan Korumba, daerah kecil Mandonda, Kota Kendari.

Abu Saila @ Aditya, 55, ditemui berseluar pendek warna cream dan t shirt hitam dengan kesan tikaman ni bahagian perut, dahi dan lengan.

Aditya6
sumber: tribun

 

Berikut merupakan kronologi kepada penemuan mayat mangsa:

 

1. Mangsa keluar rumah pada hari kejadian

Menurut isteri Aditya, Yuliati, suaminya memberitahu mahu keluar untuk pergi ke ATM kira-kira jam 8 malam, 20 Julai 2019. Selepas suaminya tak pulang pulang dan tidak dapat dihubungi, Yuliati membuat laporan polis dan pencarian dilakukan. Selain tu, kehilangan Aditya juga turut disebarkan ke Whatsapp supaya orang ramai tahu dan memberitahu jika mendapat info.

Aditya
sumber: amanah sultra

 

2. Mayat ditemui oleh seorang penduduk.

Dija, 40, sedang melalui kawasan itu sebelum ternampak sesuatu yang aneh dekat longkang di tepi jalan. Menurut Tribun, dia kemudian mendekati dan menjumpai sekujur badan berlumuran darah dan dah tak bernyawa.

Aditya2
sumber: liputan

Dija kemudian memaklumkan kepada ketua kampung sebelum dilaporkan kepada polis. Mayat kemudian dihantar ke hospital sebelum dibawa ke rumah orang tuanya untuk urusan pengebumian.

Aditya4
sumber: sultra kini

 

3. Pembunuh berjaya ditangkap

Pada hari Ahad, 21 Julai 2019 polis berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan pembunuh Aditya bernama Achfi Suhasim, 29 tahun. Ketika penangkapan, polis merampas pakaian Achfi yang digunakan ketika melakukan pembunuhan terbabit serta telefon bimbitnya.

Suhasim
sumber: brita kita

Achfi ditangkap di sebuah rumah tumpangan dekat Jalan Abunawas di daerah kecil Kadia, Kota Kendari kira-kira jam 2.45 petang. Difahamkan, rumah itu bukanlah tempat tinggal Achfi tetapi hanya datang untuk minta duit pada kekasihnya.

 

4. Mangsa sempat minta tolong

Menurut Brita Kita, sebelum kejadian Aditya menjemput Achfi dengan kereta Avanza miliknya dan mereka berjalan-jalan di sekitar Kota Kendari.

Tiba di lokasi kejadian, kedua-dua mereka berbual sebelum berlaku pertengkaran dan ketika itu Achfi terus mengeluarkan pisau badik yang memang dibawa kerana dah pasang niat untuk tikam mangsa.

Badik
gambar hiasan
Suhasim2
sumber: citra indonesia

Achfi menikam mangsa sebanyak satu kali dan Aditya kemudian terus keluar dari kereta dengan parang yang masih tertusuk di perut sambil meminta tolong. Achfi kemudian terus mengejar mangsa yang cuba menyelamatkan diri.

Mangsa yang sedar dikejar suspek terus mencabut pisau dari perut dan cuba melawan. Namun, suspek berjaya rampas pisau tersebut dan terus menikam mangsa berkali-kali sambil Aditya menjerti meminta tolong.”

Achfi kemudian terus pergi dari tempat kejadian dengan memandu kereta Aditya lepas dia pastikan mangsa dah tak bernyawa.

 

5. Sakit hati selalu diejek

Ketika disoal siasat, Achfi mengaku membunuh Aditya kerana sakit hati dengan perangai mangsa terhadapnya. Katanya, Aditya pernah memperlekehkan dia secara fizikal.

Pelaku merasa sakit hati, karena korban pernah melecehkan pelaku secara fisik. Soal dilecehkan bagaimana, kami masih selidiki lagi.”

Suhasim1
sumber: tribun

Difahamkan, Aditya dan Achfi sudah berkawan lebih setahun dan menurut Liputan, mangsa ditikam dengan parang. Lepas tikam mangsa, Achfi lari meninggalkannya sebelum Aditya mati di longkang.

Setelah saya tikam, korban lari dan teriak minta tolong. Saya kemudian lari tinggalkan, saya sadar saat melakukan itu.”

Baca: “Dia sempat minta maaf, tapi…” – Remaja ‘Habiskan’ Nyawa Sepupu Sendiri Sebab Selalu Kena Ejek Miskin

Bunuh Sepupu