Detik Cemas Budak Kejung Di Tiang Elektrik, Tapi Cara Orang Awam Beri CPR Yang Jadi Pertikaian Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekali lagi, ada kes budak kecil kejung terkena renjatan di tiang elektrik, cuma kali mujurlah dibantu oleh penduduk setempat.

Dengan cuaca yang tak menentu ini, adalah lebih bagus jika ibu bapa awasi anak-anak dengan lebih ketat. Tapi jangan kata cuaca je, hari-hari biasa pun kawasan tiang elektrik atau bervoltan tinggi ini tetap bahaya.

 

Kejung & tak bergerak

Video screen record daripada pengguna Twitter ini telah meraih 3,000 jumlah retweet dalam masa 2 hari.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik sehingga kejung tapi mujurlah ada orang keliling yang datang menyelamatkannya dan melakukan rawatan pemulihan sistem jantung (CPR) kepada mangsa.

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Indonesia dan kanak-kanak itu dipercayai selamat, cuma ketika proses menyelamatkan mangsa, netizen lihat macam ada yang tak kena.

 

Geram tengok cara dia CPR – Netizen

Sempat pula netizen nak pertikaikan orang disitu, masing-masing tengah panik sudah semestinya mereka akan lakukan apa-apa cara untuk memastikan keadaan mangsa selamat.

Tak dinafikan memang cara mereka buat tu tak betul, tapi mujurlah masih ada netizen yang faham.

 

Kau tahu ke situasi dia kat sana macam mana?

Tak apa lah, mujur budak tu selamat, sekurang-kurangnya mereka ada effort nak bantu selamatkan. Bila tengok kejadian macam ni baru lah tahu betapa pentingnya ilmu asas bantuan kecemasan ni. 

 

Baca : Awasi Anak Anda! Video Budak Kecil Terkena Renjatan Elektrik Sampai Keras Kejung Tapi Tak Ada Sorang Perasan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?