in

Awasi Anak Anda! Video Budak Kecil Terkena Renjatan Elektrik Sampai Keras Kejung Tapi Tak Ada Sorang Perasan

Elektrik10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aduhai risau pula bila tengok kejadian ni, ibu bapa di luar sana awasi anak-anak kecil anda bila sedang berada di tempat awam seperti taman permainan, tempat rekreasi bahkan di depan rumah sekalipun.


Video ini cukup memberi pengajaran kepada kita semua untuk lebih peka dalam mengawasi anak-anak lebih-lebih kalau dia tu jenis hyperactive

 

“Budak tu keras terus. Siapa pun tak perasan.”

Seorang kanak-kanak sedang asyik bermain di taman rekreasi, dengan pantasnya dia berlari ke arah tiang lampu, masa tengah pegang tiang tersebut dia terkena renjatan elektrik, dalam beberapa ketika dia kelihatan seolah-olah ‘keras kejung’ sebelum rebah.

Lebih mengecewakan lagi, tiada siapa yang perasan dan masing-masing sedang leka bermain. Rakaman video CCTV  berdurasi 1 minit 45 saat ini dimuat naik 4 hari lepas oleh seorang netizen yang dikenali sebagai Khairul. Menurutnya, video itu didapati melalui group whatsapp.

Kurang pasti lokasi kejadian, tapi berdasarkan pemerhatian admin, kejadian ini seperti berlaku di India. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan netizen, masing-masing terkejut melihat kejadian tersebut.

 

Kesian keras macam tu – Netizen

Elektrik Elektrik2 Elektrik3 Elektrik4 Elektrik5

Ramai yang ragu-ragu dan tertanya-tanya samada budak ini masih hidup ke tak? Hmm, wallahualam, harap ibu bapa kalau anak kuat lari ke sana sini, kenalah awasi baik-baik. 

 

Baca : Cas Handphone Semasa Tidur, Remaja 14 Tahun Mati Terkena Renjatan Elektrik

Renjatanelektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.