in

“Depa dari Johor, saja balik mai raya hari tu” – Anak Menantu Rentas Negeri Ziarah Raya, Punca Warga Emas Dijangkiti & Meninggal

Ft Ziarahraya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap anak dan menantu yang berdegil dan pentingkan diri membawa padah. Meskipun kerajaan sudah mengeluarkan arahan larangan rentas negeri dan ziarah Aidilfitri, masih ada yang tak endah dan pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga.


Namun, malangnya bagi satu keluarga ini, satu nyawa telah melayang disebabkan sikap pentingkan diri itu. Seorang doktor berkongsi kisah tentang pesakit lelaki berusia 70 tahun yang hadir ke hospital pada suatu petang dengan memakai gelang pink.

Pakcik1

Menurut mStar, pakcik itu berkata dia dijangkiti selepas anak serta menantu pulang ke kampung ketika Aidilfitri baru-baru ini.

Doktor: Pakcik pakai gelang pink sebab apa?

Pesakit: Anak pakcik positif.

Doktor: Depa tu dari mana? Dok Kedah ke dari luar negeri?

Pesakit: Depa dari Johor saja balik mai melawat raya hari tu. Tapi depa balik sana dah, dua tiga hari lepas.

Baca perbualan doktor dan pesakit itu di bawah:

 

Menyedihkan, pesakit itu disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi, 23 Mei lalu dan doktor itu menasihati orang ramai agar mengikut SOP yang telah ditetapkan. Katanya, pasti ada sebab mengapa rakyat dilarang menjenguk orang tua, masjid tutup dan sebagainya.

Kebanyakan mereka adalah warga emas dan gamabr yang saya tunjuk kesemua mereka berusia 50 tahun ke atas.”

Ya mereka seusia dengan mak ayah kita. Jagalah diri anda, ibu bapa anda, keluarga dan rakan-rakan.”

Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di Whatsapp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak mati biar depa seorang, hangpa jangan ikut.”

 

Baca: “Patut jadi wake up call” – Lebih 40,000 Kanak-kanak Positif, Ismail Sabri Minta Ibu Bapa Sedar Bahaya Covid

Collage 43

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.