Bila bercakap tentang golongan berisiko, ramai yang hanya fikir tentang warga emas dan orang yang berpenyakit sampai kita lupa yang kanak-kanak juga bahaya kalau dijangkiti Covid-19 lebih-lebih lagi sekarang tak ada vaksin yang sesuai diberikan untuk mereka.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan ada peningkatan drastik kes Covid-19 dikalangan kanak-kanak berbanding hanya 8,369 kes pada tahun 2020.
Kalau sebelum ini warga emas merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19, nampaknya ancaman virus ini sudah menular kepada kanak-kanak pula.”
Kenyataan ini juga turut memberikan statistik dari KKM yang melaporkan seramai 41,971 kanak-kanak berusia setahun setengah hingga 12 tahun telah dijangkiti virus ini manakala bayi bawah satu setengah tahun pula seramai 6,290 kes.
Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi “wake up call” kepada semua pihak terutama ibu bapa.”
Ekoran ini, Ismail Sabri meminta orang ramai untuk memberi penekanan terhadap pematuhan SOP dan membuat self lockdown bagi menyekat pergerakan keluarga.
Ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap cuci tangan.”
Kes pun makin hari makin tinggi, so jom lah kita ambil langkah berjaga-jaga dan kalau nak keluar rumah tu, jangan lupa pakai double mask macam yang dicadangkan oleh CDC ok?
Baca: “Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi ‘Lonjakan Menegak’ Covid-19