Penyanyi dan pelakon Black Hanifah baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila dituduh membeli kapal pelayaran mewah di Pulau Langkawi, Kedah menggunakan hasil penggubahan wang haram.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanifiah, 37, berkata, dia mula mengetahui mengenai fitnah itu selepas ditunjukkan satu video yang tular mengenai dirinya daripada rakan.
Black beli kapal mewah?
Menerusi perkongsian di IG Story Black, video itu menceritakan tentang isu penyanyi itu kononnya dikatakan telah berbelanja mewah dan membeli sebuah yatch di Langkawi.
Netizen didakwa telah menuduh penyanyi itu membeli kapal mewah berkenaan menggunakan hasil wang yang telah ‘dicuci’.
“Apa yang sakit hati sangat dengan kejayaan anak Melayu”
Black walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan memberi penjelasan di satu lagi IG story yang dirakamnya.
Menurut Black, tuduhan di video tersebut merupakan satu fitnah besar terhadapnya dan apa yang dimiliki sekarang adalah hasil daripada usaha kerasnya sendiri.
Tiba-tiba saya dapat fitnah. Cukuplah saya bekerja keras untuk semua benda yang saya dapat hari ini.
“Saya tidak faham apa yang sakit hati dan iri hati sangat dengan kejayaan anak Melayu. Saya kerja siang dan malam untuk saya dapat seperti hari ini,” jelasnya.
Berdasarkan penjelasan itu juga, Black bagaimanapun tidak menafikan mengenai pemilikan kapal layar seperti yang didakwa.
Hasil tinjauan admin di laman TikTok Black juga mendapati penyanyi ini ada mengusahakan inap desa di Langkawi dan mempromosi servis day/sunset cruise menaiki sebuah yatch yang diberi nama Nyawablack.
@hanifahblack Masyallah.. Allah s.w.t sebaik2 perancang.. kami kini memilikinya.. NYAWABLACK YACHT .. Siapa mai langkawi nak DAY/SUNSET CRUISE call la kami ☺️ 0102116477 .. Rindu D’Villa Cow hill @ kedawang Langkawi #langkawi #langkawiaccomodation #privatepoolvilla #langkawivilla #langkawiisland #villaglowinthedark #poolglowinthedark #firstinasia #cowhilllangkawi #kedawanglangkawi #nyawablack #rindudvilla #langkawiviral #malaysia #fyp #berandatiktok #nyawablack #blackhanifah #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #padupadu #hitampunsedap #pumamy #pumamalaysia #pumafriends #nyawablackyacht
Sebaiknya kita janganlah fikir yang buruk-buruk akan kejayaan seseorang. Doakan yang baik-baik saja gais.
Baca: Farid Bakal Dedah Perkara Sebenar Di Mahkamah, Dakwa Diana Danielle Tabur Fitnah