in

Farid Bakal Dedah Perkara Sebenar Di Mahkamah, Dakwa Diana Danielle Tabur Fitnah

Ft Farid Kamil Mahkamah Diana Danielle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, Farid Kamil telah mendakwa kenyataan yang dibuat oleh isterinya, Diana Danielle mengenai dakwaan dia menengking dan mengurung anak perempuan mereka adalah tidak benar serta kenyataan yang dibuat oleh Diana juga bercanggah dengan laporan polis sebelum ini.

Farid telah berkongsi perkara tersebut melalui sebuah hantaran yang telah dimuat naik ke Insta Storynya pada petang Isnin.


Screenshot 2

Screenshot 2023 04 03 At 9.49.11 Pm

Screenshot 2023 04 03 At 9.49.16 Pm

Pada masa yang sama, Farid menjelaskan bahawa segala tuduhan yang dibuat oleh Diana akan dia kemukakan sewaktu perbicaraan mahkamah nanti.

“Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah,” jelasnya.

Terdahulu, Diana ada mendedahkan yang suaminya pernah melakukan penderaan terhadap anak kedua mereka iaitu Nur Aurora .

Menurut Diana, selain menengking Aurora, dia juga pernah mengurung anak perempuan mereka itu di dalam sebuah bilik.

Screenshot 3

Susulan kejadian itu, dia terpaksa menghubungi pihak polis bagi membolehkan dia membawa anak-anaknya keluar dari rumah mereka dalam keadaan yang selamat.

Selain itu, Diana turut menyangkal dakwaan insiden ‘petik cili’ menjadi punca dia menuntut cerai pada awal Mac lalu terhadap Farid dan mendedahkan punca Aurora trauma dengan Farid.

Hmm harap perkara ni dapat selesai dengan baik nanti…

Sumber : Instagram, mStar, Kosmo!

Baca : “2 hari dia tak berhenti baran” – Diana Danielle Respon Isu ‘Petik Cili’ Jadi Punca Tuntut Cerai?

Diana Respon Farid Isu Cili 728X383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.