in

Dengar Video ‘Thor’ Cakap Bahasa Indonesia Ni, Mesti Korang Cair!

Featured Thors

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dengar Video 'Thor' Cakap Bahasa Indonesia Ni, Mesti Korang Cair!
Loading
/

Siapa je yang tak kenal Chris Hemsworth? Kalau taktau nama betul dia, sebut je Thor mesti semua tahu siapa kan?. Haa sebut Thor baru kenal lah tu :p Terbaru, filem Avengers menjadi trending dekat media sosial seluruh dunia selepas movie tu ditayangkan. Korang dah tengok belum?


Infinity War Avengers Gif

Tapi apa yang admin nak cakap ini bukan pasal filem Avengers, tapi tentang Chris Hemsworth. Sebelum ini ada tular rakaman Chris ditemu ramah oleh pihak Indonesia, dan apa yang mengejutkan apabila Chris dengan gaya selambanya jawab dalam Bahasa Indonesia. WOWWWW! 

 

Pernah viral dulu masa tayangan filem Avengers: Age of Ultron

Video temu bual Chris Hemsworth dan Chris Evans bersama selebriti Indonesia, Cinta Laura Kiehl pernah tular suatu ketika dulu masa Avengers: Age of Ultron ditayangkan. Tapi lepas tu, sekali lagi video temu ramah Chris Hemsworth sempena tayangan Thor Ragnarok dapat perhatian jugak!

33 1
sumber: facebook

 

Sesi temu bual dulu: 

Pada mulanya pengacara itu kenalkan dirinya dan bagitahu yang dia asal dari Indonesia. Lepas tu Chris macam terkejut and start cakap bahasa Indonesia dengan pengacara tersebut.

“Oh Indonesia? Apa khabar? Siapa nama mu?”

Bukan pengacara itu je yang terkejut, tapi Chris Evans, iaitu pelakon filem Avengers yang pegang watak sebagai Captain America pun terkejut lepas dengar si Chris ini cakap Bahasa Indonesia.

 

Belajar bahasa Indonesia masa zaman sekolah

Dalam video itu, Chris jelaskan yang dia belajar bahasa Indonesia dari sekolahnya. Katanya,

“Australia berada di Selatan Indonesia. Dalam 5 jam penerbangan sahaja. Ramai guru di Australia yang faham Bahasa Indonesia dengan baik” 

Chris
sumber: business insider

 

Video tular sekali lagi 

Lepas tu, video Chris berbahasa Indonesia sekali lagi dalam temu ramah ketika tayangan Thor Ragnarok pun jadi viral. Dalam rakaman itu, Chris menanyakan nama pengacara-pengacara itu dan kenalkan diri dia dalam Bahasa IndonesiaSiap kira nombor satu sampai sepuluh! 

Thor
sumber: nerdist

Sumber: Twitter

 

Chris berbahasa Indonesia. Yelah, kita langsung tak terfikir yang dia memang reti cakap Bahasa Indonesia kan. Amacam gegadis? Cair tak? 

Thor

Baca: Orang Ramai ‘Cair’ Tengok Ketampanan Dua Atlet Wakili Malaysia ke Sukan Olimpik Ini

Julian Webb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.