in

Orang Ramai ‘Cair’ Tengok Ketampanan Dua Atlet Wakili Malaysia ke Sukan Olimpik Ini

Julian Webb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama lagi, salah satu acara sukan yang terkenal di seluruh dunia akan kembali diadakan setelah beberapa tahun berlalu. Hanya tinggal 20 hari sahaja lagi, Sukan Olimpik Musim Sejuk akan berlangsung. Lebih menarik lagi, negara kita, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyertai acara sukan antarabangsa yang berprestij ini.


Diadakan empat tahun sekali, Sukan Olimpik Musim Sejuk adalah sukan antarabangsa yang dimulakan semenjak tahun 1924 lagi. Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2018 ini dikatakan akan berlangsung pada 9 Februari 2018 hingga 25 Februari 2018 yang bertempat di Pyeongchang, Korea Selatan.

J3
sumber: instagram

Walaupun Malaysia bukanlah negara yang beriklim sejuk mahupun mempunyai empat musim, jangan tak tahu bahawa negara kita juga mempunyai atlet yang akan dihantar ke Pyeongchang untuk mewakili negara nanti. Wah, betul ke ni?

Dua orang atlet negara yang akan mewakili Malaysia pada bulan Februari itu nanti adalah Julian Yee dan Jeffrey Webb. Bukan sahaja berbakat dalam bidang sukan, dua orang atlet ni boleh buat ramai ‘cair’ dengan rupa paras mereka yang boleh tahan kacak! Aduhai!

J2
sumber: instagram
J6
sumber: instagram
J7
sumber: instagram

Mula belajar skating pada usia empat tahun, Julian Yee merupakan seorang atlet figure skating Malaysia yang telah memenangi pelbagai pertandingan skating dalam dan luar negara. Atlet yang berasal dari Petaling Jaya ini dikatakan mendapat pendedahan awal skating ketika di Sunway Pyramid Ice Rink.

Julian mendapat latihan figure skating di Ontorio, Kanada bagi mengasah bakat dan kemahiran yang dimilkinya. Setelah meraih tempat keenam dalam kejohanan CS Nebelhorn Trophy yang berlangsung di Jerman pada September 2017 yang lalu, Julian layak beraksi di Sukan Olimpik Pyeongchang pada Februari nanti.

J4
sumber: instagram
J5
sumber: instagram
J8
sumber: instagram

Seorang lagi atlet yang akan mewakili negara ke Sukan Olimpik Musim Sejuk nanti adalah Jeffrey Webb. Jeffrey yang baru berusia 18 tahun akan mewakili Malaysia dalam acara slalom dan giant slalom. Slalom adalah perlumbaan ski di gelanggang yang berliku-liku.

Jef5
sumber: thepictaram
Jef8
sumber: thepictaram
Jef7
sumber: astro

Jeffrey melalui cabaran kejohanan Alpine Ski Racing dan berjaya mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang. Jejaka ini mula bermain ski sejak berusia lima tahun lagi.

Jef6
sumber: thepictaram
Jef2
sumber: facebook
Jef4
sumber: thepictaram

Wah! Selamat maju jaya untuk Julian dan Jeffrey!

Baca: “Sedap suara… merecik!” – Abang Polis Bersuara Merdu Jadi Kegilaan Gadis-gadis

Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.