“Dengan bangla boleh lah kau bayar gaji rendah” – Berang dilabel pemalas, netizen mengamuk di medsos

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rakyat tempatan malas? Tak boleh buat kerja berat? Orang tempatan memilih kerja? Wow relaks bro, jangan cakap macam tu. Ada orang kita yang rajin dan tak memilih kerja. Tapi tak dinafikan juga, ada yang taknak buat kerja-kerja berat ni.

Ada pihak yang setuju, ada juga pihak yang tak setuju. Lebih elok kalau kita tahu both sides of the stories. Cuba kita tengok reaksi netizen yang respon dengan isu “Malas kerja” ni hasil daripada tweet asal @Hfnz9

“Malas abah ko!”

Biasalah kita kalau kerja, kita mesti lah nak benefit  dari majikan. Selain potongan KWSP, kita pun nak juga ada peluang kenaikkan pangkat. Kalau dah naik pangkat, mestilah gaji juga akan naik. Siapa je tak nak peluang macam tu kan?

“Dah lah gaji tak bayar 3 bulan, senang-senang je…”

Yang ini kami tak berapa yakin sangat. Mungkin bukan semua developer yang buat macam ni, atau boleh jadi ini taktik kotor developer. Tapi kalau macam ni memang susah lah nak cari makan.

Oh my God! Serius lah itu cara pekerja asing dimanipulasi? Patut lah ramai perkerja buruh dan kontraktor ni dari orang luar, bukan orang tempatan. Kalau dapat ke orang kita, memang susah lah developer  nak main duit macam ni.

Apa-apa pun pilihan di tangan kita. Kita yang menentukan kerja mana yang kita nak untuk masa depan. Tapi bab gaji tu, biarlah setimpal dengan apa yang kita kena buat. Yang paling penting, kerja happy.

 

Baca:“Kau Islam, tanggunglah di akhirat” – Majikan Tipu Pekerja Asing Tak Beri Gaji Selama 3 Bulan Kemudian Sengaja Panggil Imigresen ambush

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.