Asam garam mereka yang bekerja di perantauan. Sudahlah bekerja separuh mati nak dapatkan duit, lepas tu ada pulak yang kena tipu! Admin sebenarnya cukup kesian dengan nasib yang dialami pekerja asing ni.
Macam mana pun, ramai yang kaitkan penganiayaan terhadap pekerja asing ni kerana mereka salah pilih majikan dengan bangsa ‘sekian-sekian’. Ye ke ni? Nah korang baca dulu perkongsian Facebook ini berkenaan modus operandi penipuan majikan zaman sekarang terhadap pekerja asing.
“Kontraktor lanyak dia orang ni macam mana. Gaji 3 bulan sekali. Duit takdak nak makan”
Menurut posting tersebut, seorang netizen berkongsi cerita tentang kisah kehidupan pekerja asing yang tak diberi gaji sehingga 3 bulan. Disebabkan kepayahan ini, mereka terpaksa makan nasi kosong berkuahkan air.
Kontraktor dari ‘bangsa terbabit’ juga dikatakan menggunakan teknik kotor kerana suka ambil pekerja kosong tanpa permit. Pekerja macam ni dikatakan senang sebab dia tak menjawab dan tak pertahankan hak. Yang lebih menyedihkan, lagi 3 bulan projek nak siap, imigresen dipanggil buat serbuan.
“Bos kontraktor pasang perangkap tak mahu bayar gaji, terus call polis atas alasan kerja takde permit”
Ingat bos kontraktor dengan bangsa seperti di atas itu saja buat perangai, bos berbangsa lain pun serupa guna taktik sama. Bak kata orang, bab kaut kekayaan dan wang ni tak perlu kira bangsa. Kalau dah tamak tu, tamak jugak kan?
“Kesian dengan dorang. Cari rezeki untuk keluarga di kampung. Tapi ini yang mereka dapat”
Rata-rata netizen yang membaca kisah ini berasa sedih dan simpati dengan nasib pekerja asing di Malaysia. Menurut mereka, orang senang sentiasa menindas mereka yang susah dan memerlukan. Semoga mereka ini mendapat balasan yang setimpal dengannya.
Admin doakan semoga tiadalah lagi golongan yang suka menindas macam ni. Kesian…. mereka pun manusia. Merantau ke Malaysia nak cari sumber kewangan untuk keluarga.
Baca: Pekerja Asing Kongsi Kisah Duka Ditipu Majikan, Dipaksa Bekerja dan Tinggal di Rumah Busuk