Demi mendapatkan wanita yang didambakan sanggup buat apa saja sampai perlu pertaruhkan nyawa. Kadang-kadang sesetengah individu tu tak hirau langsung tentang status seseorang asalkan orang yang disukai dapat ditawan hatinya.
Hubungan yang rumit mungkin berakhir dengan perselisihan faham antara dua pihak. Kejadian berlaku di Lumajang, Indonesia dimana dua orang pemandu trak berebut seorang janda sehingga melibatkan senjata tajam. Amboi, dahsyatnyee
Pergaduhan yang melibatkan dua individu iaitu Solikin,40 dan Mahfud,30 merebut seorang janda sehingga terpaksa melibatkan pihak polis. Malah yang lebih dahsyatnya, anggota polis tersebut sampai perlu melepaskan das tembakan untuk meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.
Selepas daripada itu, kedua-dua lelaki ini berdamai dan mengaku akan kesilapan masing-masing.
Malangnya, wanita yang direbutkan itu tak pilih sesiapa pun antara kedua-dua lelaki tersebut.
Kesiannya, dah penat perjuangkan cinta tapi takde sesiapa yang dipilih. Apa-apa pun nak cari pasangan biarlah dengan cara yang betul ye