in ,

“Definisi laki bini bangang” – Hailey & Justin Bieber Dikecam Netizen Sebab Cakap Orang Puasa Ni Bodoh?

Baru-baru ini, seorang netizen kongsikan perbualan Justin Bieber, isterinya Hailey Baldwin dengan seorang lelaki, Judas di Twitter. Dalam video ini, Justin tanya soalan tentang puasa.

Kat bawah ni admin translate kan perbualan dorang:

Justin: Apa pendapat awak tentang berpuasa?

Judas:  Saya rasa berpuasa tu bagus. Ia macam bagitahu badan kita siapa yang lebih berkuasa. Ia seperti senaman untuk beritahu rohani yang kawal saya dan bukannya badan saya.

Justin: Entahlah. Saya kena fikir dulu. Saya rasa badan kita perlukan nutrisi.

Hailey: Saya percaya dengan puasa dari benda macam puasa dari tengok tv, telefon.

Judas: Itu lagi bagus.

Hailey:  Saya lagi percayakan puasa macam tu dari puasa makanan. Sebab saya tak pernah faham dengan puasa makanan.

Justin: Kalau puasa makanan, korang macam halang badan korang untuk dapat nutrisi.

Hailey: Macam mana kalau puasa dari makan benda manis atau bergula?

Justin: Puasa dengan benda-benda yang tak halang badan korang dari dapat benda yang bagus tak apalah.

Judas: Kenapa saya rasa macam saya kena ‘perli’.

Hailey: Yeah Judas, awak bodoh. *gelak*

Kebanyakan netizen yang komen video ini telah menunjukkan rasa tak puas hati dorang dengan cara Justin dan Hailey dan merasakan yang dorang ni tak hormat agama lain.

“Saya marah. Puasa bukan untuk kuruskan badan. Puasa ajar kita untuk rasa macam mana orang lain yang tak boleh makan dan minum cuba untuk hidup. Macam mana kita perlu kawal emosi. Sabar tahan lapas. Berpuasa ajar kita untuk bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi.”

Pun begitu, ada juga orang yang menceritakan perkara sebenar. Actually, Judas tu adalah paderi dan dorang tengah cakap pasal puasa yang orang Kristian buat. So, takde istilah pun yang Justin ni Islamophobia.

Tapi, dari cara percakapan Justin dan Hailey ni dorang kena lebih banyak belajar dan membaca, sebab teruk benau ketakfahaman dorang pasal puasa.

 

Baca: “So desperate” – Justin Bieber Terdesak Nak Popular Semula, Merayu Netizen Tonton Video Baru di Youtube?