in

‘Datuk Bangla’ Dapat RM2 Bilion Buat Bisnes Seludup Manusia

Banglasia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sahlah kebanjiran warga asing dekat negara ni memang dalam stage yang sangat membimbangkan. Kalau dulu mereka datang ke sini untuk cari kerja, sekarang mereka dah boleh jadi bos siap dapat pangkat ‘Datuk Seri’ lagi!


Terkejut kan? Haa inilah yang dilaporkan MMO hari ini apabila seorang businessman warga Bangladesh yang dikatakan ada title Datuk Seri dapat RM2 bilion hasil bisnes sindiket seludup manusia dari negaranya sendiri. Bukan main ehhh!

B Qpfksuyaaln0D
sumber: twitter

Ini antara perkara yang ‘Datuk Bangla’ dah lakukan: 

1. Ada hubungan politik dengan KDN dan kerajaan Bangladesh 

Menurut sumber, ahli perniagaan yang berusia 40-an ini ada hubungan politik dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Bangladesh, serta dia jugak antara orang utama meterai perjanjian yang ditandatangani pada 2016.

Semasa perjanjian ni dilakukan, KDN pada ketika tu di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sehingga PRU14 berlangsung. Perjanjian ni jugak katanya hanya melibatkan 10 firma dan mereka ni dibolehkan untuk mengambil pekerja daripada Bangladesh, selain daripada 1,500 agen yang sudah sedia ada.

 

2. Arah syarikat bayar RM20,000 untuk urusan seludup manusia

Setiap pekerja yang diuruskan syarikat penyeludupan manusia yang ‘sah’ ni kena pulak membayar RM20,000 sebagai yuran kepada agen tempatan, yang mana wang ni akan digunakan untuk bayar ahli sindiket di sini. 

Bayaran RM20,000 ni masih wujud walaupun kos untuk dokumentasi dan pengangkutan pekerja-pekerja ni hanya bernilai around RM2,000 seorang je. Fuh banyak tu duit dia kaut! 

Asing.transformed
gambar hiasan

 

3. Dah bawa 100,000 pekerja Bangladesh ke Malaysia

Menurut sumber lagi, semenjak akhir tahun 2016, terdapat sebanyak 100,000 pekerja Bangladesh yang dah dibawa ke sini melalui sistem ni dan ada 100,000 pekerja yang menunggu turn dorang untuk ke sini. Bapak banyakkk! 

 

4. Share keuntungan dengan ahli politk 

Lebih mengejutkan, ‘Datuk Bangla’ berkenaan jugak ada beri sedikit daripada keuntungannya kepada ahli politik dan pegawai kerajaan kepada kedua-dua negara (Bangladesh dan Malaysia).

 

5. Bantu set up sistem pendaftaran pekerja asing yang ada link dengan Jabatan Imigresen

‘Datuk Bangla’ ni jugak ada tubuhkan sistem pendaftaran online khas untuk pekerja asing. Namun mujurlah kerajaan Pakatan Harapan sudah menamatkan servis ini yang diuruskan beberapa firma terbabit. Difahamkan jugak, ‘Datuk Bangla’ ni pernah ‘bantu’ set up Sistem Perkhidmatan Pekerja Asing (SPPA) iaitu sistem pendaftaran yang digunakan untuk ambik pekerja Bangladesh.

Firma milik ‘Datuk’ ni jugaklah yang uruskan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang kini digunakan Jabatan Imigresen. Dan kalau pekerja asing ni nak bekerja kat Malaysia, dorang kena bayar at least RM2,500. Phew! 

6066E6D9 2D39 485D Ac5B 3E830945Ab07
gambar hiasan

Harapnya isu ni lekas-lekaslah kerajaan baru settle kan. Makin banyak admin baca, makin sakit pulak dada ni. Banyak sungguh penipuan sampaikan bangla pun boleh jadi Datuk! 

Baca: Warga Bangladesh Jual Tauge, Pelanggan Jijik Ingin Beli Sayur Daripada Peniaga PATI

Taugeh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.