Siapa je tak kenal Dato’ Vida kan. Setiap minggu mesti ada je berita kontroversi yang dia buat.
Semalam usahawan kosmetik ni sekali lagi dipalit cerita tak enak sebab dia upload video kat laman Instagram, mempromosikan produk syarikat tapi yang jadi isunya adalah bila dia samakan produk tu dengan alat sulit wanita! Ish ish…
https://www.instagram.com/p/BmAo7rbD_pI/?taken-by=datoserivida
Menerusi video tu, Dato’ Vida mempromosikan produk Xtra Grip iaitu produk kolagen yang dikatakan boleh membantu merapatkan bahagian sulit wanita selepas bersalin, Tapi yang tak bestnya, Dato’ Vida boleh bandingkan karipap yang dikorek intinya tu dengan alat sulit wanita. Ewww…
“Dia umpama gini tau, lohong! Tapi bila kemek macam ni, dia extra grip!”
Rata-rata netizen tak suka dengan cara Dato’ Vida mempromosikan produk dia sebab dianggap tak wajar sebab macam tak hormati makanan. Kan!
Walaupun ramai yang kritik dan tak berapa berkenan dengan cara dia promote produk tu, tapi macam biasalah, ada jugak yang cakap cara Dato’ Vida promote produk tu lawak dan menghiburkan. Mestiiii ada saja yang back up!
Admin tak rasa benda ni lawak, sebab makanan kot. Jijik jadinya yek!