in

Dato’ Vida Hampir Ditipu RM30,000 Selepas Terpedaya Dengan Panggilan Palsu Scammer

Vidasss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Dato' Vida Hampir Ditipu RM30,000 Selepas Terpedaya Dengan Panggilan Palsu Scammer
Loading
/

Isu scammer atau penipuan melalui panggilan telefon ini bukanlah hal baru. Sudah ramai yang terkena dan mungkin bakal terkena dengan penipuan licik digunakan penjenayah untuk memerangkap mangsa. Namun kali ini siapa sangka, Dato’ Vida sayang-sayang kita yang terkena! 


Menurut Harian Metro, usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Vida hampir-hampir ditipu RM30,000 selepas dia dijerat dengan panggilan palsu yang mendakwa akaun bank peribadinya dibekukan kerana terbabit di dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. 

Datuk Seri Vida Nyaris Kena Scam Rm30000 Rotikaya
sumber: rotikaya

Dalam kejadian yang berlaku semalam, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Vida, 46, yang berada di kediamannya di Ipoh telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pegawai bank.

Lelaki tersebut telah meminta pengesahan nombor kad pengenalannya dan memberitahu bahawa akaun peribadi usahawan tersebut telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM30,000 di cawangan Karmusing, Kota Kinabalu, Sabah. 

2 2
sumber: bh

Terkejut dengan dakwaan pegawai bank tersebut, Dato’ Vida meminta siasatan dilakukan kerana bimbang akaun peribadinya digunakan oleh pihak tertentu. Pun begitu, dia telah diberitahu suspek bahawa seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan menelefonnya berhubung perkara tersebut.

Setelah hampir dua jam menjawab pelbagai panggilan daripada pelbagai orang, Dato’ Vida sekali lagi dikejutkan dengan makluman bahawa akaun banknya dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah. Alamak! 

“Saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul sama ada dari IPK ataupun daripada pihak bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat. 

“Namun sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan, saya menelefon peguam saya secara senyap dan meminta dia mendengar perbualan berkenaan sehingga perbualan bersama penipu-penipu itu dihentikan kerana kehabisan bateri,” jelas Dato’ Vida selepas selesai membuat laporan di Balai Polis Jelapang, semalam.

Vida Kena Tipu
sumber: bh

Menurut Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini, panggilan terbabit juga turut bertanyakan butiran peribadi seperti akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

“Peguam saya memaklumkan kes seumpama itu sudah banyak berlaku dan tidak sangka saya sendiri turut terkena dengan penipuan itu,” katanya lagi.

Masih trauma dan marah dengan apa yang berlaku, Dato’ Vida menerusi akaun Facebook dan Instagram telah menggesa orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan palsu yang memperdaya orang ramai untuk mendedahkan data peribadi meskipun panggilan tersebut datangnya daripada nombor yang betul.

Dato’ Vida juga dalam masa yang sama berharap pihak polis segera membanteras kegiatan ini supaya lebih ramai yang terselamat daripada terpedaya dengan penipuan untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah dan mahu keselamatan diri dan keluarganya terpelihara.

Berhati-hatilah semua! Dato’ Vida pun begitu punya mudah hampir kena tipu. Apatah lagi kita yang biasa-biasa ni. Jangan mudah terpedaya! 

Baca: Wanita Lebih Mudah Tertipu Dengan Scam Online Berbanding Lelaki. Mengapa? Ini Sebabnya…

Tipuuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.