in

“Dasar penipu” -Lelaki Ini Curi Cincin ‘Girlfriend’ Pertama Untuk Lamar Kekasih Kedua

Scammer Habis Ni Lelaki Ini Curi Cincin Girlfriend Pertama Untuk Lamar Kekasih Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudahlah kantoi boyfriend sendiri rupanya pasang lain, lagi teruk, bila lelaki tu guna cincin girlfriend pertama untuk lamar kekasih baru.


Toop
Gambar hiasan

Memetik laporan Huffpost, lelaki dari Florida yang berjaya dikenal pasti sebagai Joseph Davis, 48, difahamkan telah mencuri cincin pertunangan dan cincin perkahwinan terdahulu milik teman wanitanya sebelum menggunakan barang kemas sama untuk melamar kekasihnya yang satu lagi.

Kertas siasatan dibuka selepas seorang wanita dari Orange City, Florida melaporkan kepada pihak polis bahawa dia baru sahaja mendapat tahu yang Davis sudah bertunang dengan orang lain.

Lebih parah apabila wanita berkenaan terjumpa laman sosial Facebook milik tunang baru Davis itu dan menyedari bahawa barang kemas yang dipakai sama seperti dua cincin kepunyaannya.

63 Save Engagement Rings Wedding Band 648X364 C Default E1613298813384
Gambar hiasan

Selepas memeriksa kotak barang kemas miliknya, wanita itu mula menyedari yang cincin pertunangan dan cincin perkahwinannya yang terdahulu sememangnya sudah tiada. Tidak cukup dengan itu, beberapa barang kemas lain juga dilapor dicuri temasuk satu cincin berlian milik nenek wanita berkenaan.

Menurut laporan, jumlah barangan curian itu mencecah $6,270 (RM25,346.47).

Rupanya teman lelaki ada identiti lain

Bagaimanapun, wanita dari Florida itu dikhabarkan telah menghubungi tunang Davis dan berjaya mendapatkan sesetengah barang kemas yang dicuri.

Menurut tunang Davis yang tinggal di Orlando, dia langsung tidak tahu-menahu mengenai tentang wanita dari Florida itu.

Tambah mengelirukan apabila pihak polis mendedahkan Joseph Davis, lelaki yang menjadi pasangan kekasih bagi kedua-dua wanita ini sebenarnya mempunyai nama lain iaitu Joe Brown dan Marcus Brown.

Cerita ni tak berakhir begitu saja

Walaupun kedua-dua orang wanita ini dilapor sudah memutuskan hubungan dengan Joseph Davis, wanita yang tinggal di Orlando mendedahkan kepada polis bahawa dia juga sebenarnya sudah ditipu lelaki sama.

Move In With Me E1613298956897
Gambar hiasan

Menurutnya, Davis pernah membawanya ke rumah wanita yang tinggal di Orange City, Florida itu dan mengaku itu adalah rumah lelaki berkenaan.

Malah, tanpa rasa malu, Davis juga dikhabarkan telah mengajak wanita Orlando terbabit untuk move in bersama. Tapi, selepas itu, Davis hilang tanpa khabar berita.

Khamis lalu, pegawai polis di Volusia County dilapor sudah mengeluarkan waran tangkap untuk Joseph Davis.

Sumber: Huffpost

Baca: Wanita Penipu Nikahi 8 Lelaki, Larikan Wang Hantaran Selepas Konon Mengaku Diri Hamil

2 5 E1613298537761

Sumber: Doorstep.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.