in

Wanita Penipu Nikahi 8 Lelaki, Larikan Wang Hantaran Selepas Konon Mengaku Diri Hamil

2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan perkahwinan yang indah dan berkekalan. Namun siapa sangka, impian berkecai di tengah jalan apabila pasangan yang dicintai menipu dan melarikan diri beberapa hari sebelum pernikahan.



Seorang wanita Thai kini diburu pihak polis selepas dia didakwa telah mengahwini lapan orang lelaki sebelum melarikan kesemua wang hantaran yang bernilai antara TBH200,000 hingga TBH500,000 (RM26,000 – RM64,000) untuk setiap perkahwinan, lapor Coconuts.

21192702 1555156464551565 7268468499050474320 N
sumber: coconuts

Gilalah guna cara mudah untuk jadi kaya! 

Salah seorang dari mangsanya, Prasarn Tiamyan, 32, telah membuat laporan polis terhadap ‘bekas isteri’ bernama Jariyaporn “Nammon” Buayai, 32, yang didakwa telah menipu wang hantaran sebanyak THB200,000 (RM25,717) empat hari selepas perkahwinan mereka di salah sebuah resort di daerah Prachuap Khiri Khan.

Nammon3
sumber: coconuts
Thai Woman Scams Men By Marrying Them And Disappearing After Receiving Dowry World Of Buzz 3
sumber: coconuts

Belang Nammon mula terbongkar apabila sebuah posting di Facebook memuat naik gambar serta peringatan kepada lelaki Thai untuk menjauhi wanita penipu ini.

21150361 1555156397884905 6060030216460906443 N
sumber: coconuts
Thai Woman Scams Men By Marrying Them And Disappearing After Receiving Dowry World Of Buzz 6
sumber: coconuts

Prasarn yang kini sudah berkahwin lain menyedari akan penipuan tersebut dan terus memaklumkan hal ini kepada pihak polis berkaitan wanita itu.

Menurut laporan Amarin TV, Prasarn mula mengenali Nammon apabila suspek ingin berkenalan dengannya melalui Facebook pada Februari 2015 lalu. Selepas sembilan bulan berhubungan, dia akhirnya bersetuju untuk mengahwini wanita itu selepas suspek mengaku sedang hamil anak mereka. 

Prasarn juga mengakui, sepanjang mereka berhubungan Nammon beberapa kali menolak permintaannya untuk bertemu keluarga wanita tersebut. Hanya selepas empat hari bernikah, Nammon memberitahu bahawa dia terpaksa ke Nong Khai untuk berurusan hal berkaitan perniagaan buah-buahannya dan meninggalkan Prasarn.

Nammon2
sumber: coconuts

Sejak dari itu, Prasarn tidak boleh menghubungi isterinya lagi. Dia juga telah menerima panggilan dari seorang perempuan yang mengakui sebagai anak saudara Nammon memberitahu bahawa wanita tersebut sudah keguguran dan dia tidak boleh menghubungi isterinya.

Prasarn tidak sedar dia telah ditipu sehinggalah kisah mengenai Nammon muncul di media sosial baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang tidak mahu dinamakan mengaku dia juga mengenali Nammon di Facebook dan telah ditipu untuk membayar wang hantaran sebanyak TBH500,000 (RM64,357) pada Februari tahun ini.

Setelah memindahkan wang tersebut ke akaun bank suspek, Nammon secara tiba-tiba berkata kononnya waktu tersebut bukanlah waktu sesuai untuk dirinya bernikah mengikut perkiraan horoskop. Banyak pulak alasan dia! 

Manakala seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai “Wichit” memberitahu bahawa dia telah menghubungi tujuh orang lelaki lain yang sebelum ini telah ditipu Nammon.

Menurutnya lagi, kisahnya dan mangsa-mangsa lain hampir serupa yang mana Nammon akan berkawan dengan mereka melalui Facebook, mengadakan hubungan seks sebaik sahaja bertemu dan menipu bahawa dia hamil sebelum memperdaya mereka.

Menurut sebuah posting Facebook pada 30 Ogos lepas, suspek difahamkan telah bernikah sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam bulan Ogos kepada lima orang lelaki yang berbeza-beza. Gila licik! 

21151618 1555157114551500 4154206781940797705 N
sumber: coconuts

Sehingga setakat ini, jumlah lelaki yang dikahwininya masih belum diketahui. Pun begitu, pihak polis sudah menjejaki suspek hingga ke rumah ibu bapanya, namun mereka mendapati ibu bapa suspek juga sudah melarikan diri.

Pihak polis hanya berjaya menemui kakak Nammon yang mengakui sudah memutuskan hubungan persaudaraan dengan suspek selepas tidak berjaya memulangkan THB10,000 (RM1,287) yang dipinjamnya.

Kakak suspek yang juga risau akan keadaan ibu bapanya memohon Nammon untuk menyerah diri dengan secepat mungkin.

Jangan hanya fikir seronok untuk bernikah sahaja. Siasatlah latar belakang pasangan anda terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

Baca: Wanita Kerugian RM21,000 Ditipu Kasanova Yang Telah Berkahwin Dikenali Melalui WeChat 

Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.