in

“Dasar materialistik!” – Beli Mazda Baru Sebab GF Tak Suka Myvi, Sekali Nampak Lelaki Bawa Mercedes Cium GF

Awek Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita sayang seseorang, normal kan kalau kita sanggup berkorban dan buat apa yang diminta oleh pasangan? Macam seorang lelaki ini yang dah cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan teman wanita dia.


Menurut WOB, dia dan kekasihnya dah menjalinkan hubungan selama bertahun-tahun namun malangnya wanita itu telah kantoi curang hanya sebab dia tak cukup kaya!

Kisah ini dikongsikan sendiri lelaki ini melalui UTAR Confessions dan menurutnya sebelum ini teman wanita dia sentiasa mendorongnya untuk lakukan yang terbaik kerana mahukan masa depan yang baik.

Couple
gambar hiasan

Malah, masa dekat universiti pun keputusan dia tidaklah sebagus mana namun disebabkan teman wanitanya, dia dapat 3.6 CGPA.

Selepas habis belajar, dia berjaya mendapatkan kerja dekat syarikat yang hebat dan mendapat gaji sebanyak RM3,500. TAPI teman wanitanya itu tak berpuas hati dan cakap yang dia tak ada pencapaian dan matlamat dalam hidup.

Disebabkan itu, dia bekerja keras dan dalam tempoh setahun dia dinaikkan pangkat sebagai Assistant Manager dengan pendapatan RM5,000 sebulan.

“Lepas tu, dia merungut tentang Perodua Myvi saya dan berkata kereta itu dah terlalu lama dan lusuh. Jadi, saya beli kereta baru tetapi hanya mampu miliki Mazda 3 dengan bayaran RM1,500 sebulan.”

Myvi
gambar hiasan

“Awak kata saya tak merancang masa depan kita, tiada wang simpanan atau rumah dan saya dengar kata-kata itu. Saya kurangkan keluar dengan kawan, berhenti merokok dan minum (arak) supaya dapat simpan lebih banyak duit.”

Dia juga berjaya membeli satu unit kondominium yang disukai teman wanitanya dekat KL di mana dia perlu membayar lebih daripada RM2,000 setiap bulan.

Mazda
gambar hiasan

Dia juga akan pastikan untuk simpan duit sebanyak RM1,000 setiap bulan namun pada satu hari dia ternampak sesuatu yang membuat hatinya remuk dan merasa pengorbanan serta kerja kerasnya selama ini hanya sia-sia.

“Hari ini, saya nampak awak ada dekat dalam kereta Mercedes Benz lelaki lain. Bila saya nampak awak dengan dia, saya terkesima dan hanya mampu berdiri kerana terkejut. Saya nampak dia cium awak dan rasa seperti pisau tajam menusuk jantung ini.”

Curang
gambar hiasan

“Saya ikut dari belakang dan nampak dia bawa awak minum petang di St. Regis tapi lepas tu, kamu berdua naik ke bilik.”

“Sejujurnya, saya lebih hensem daripadanya. Tetapi dia pakai baju LV, kasut Burberry, dompet LV dan guna kredit kad untuk bayar. Dan bila saya bangun barulah saya sedar apa yang berlaku.”

High Tea
gambar hiasan

Lepas dah curang, perempuan tu balik rumah tanpa sedar yang sebenarnya dia dah sedar tentang kecurangan itu. Namun sebelum itu, dia dah kemas siap-siap pakaian dan barang perempuan tu, sekali dengan gambar bukti curang.

Semuanya dia campakkan dekat luar rumah dan bila perempuan tu balik, dia tak angkat call atau balas mesej pun. Katanya lagi,

“Saya menangis seorang diri di rumah, memikirkan apa salah saya? Saya hampir saja nak aturkan perkahwinan impian awak dekat hotel Grand Hyatt. Saya dah rancang nak propose awak bulan depan dan dah beli pun cincin yang awak suka. Tapi saya dah penat. Tolong jangan cari saya lagi.”

Elok juga dia nampak kecurangan awal awal, kalau dah kahwin lagi kecewa dan sakit hati!

Baca: “Menggatal dengan laki orang!” – Wanita Bengang Suami Curang, Simbah Tomyam Panas Dekat Perempuan Simpanan

Simbah Tomyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.