in

“Menggatal dengan laki orang!” – Wanita Bengang Suami Curang, Simbah Tomyam Panas Dekat Perempuan Simpanan

Simbah Tomyam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian seorang wanita tentang pengalaman makcik saudaranya dicurangi bekas suami, mendapat perhatian ramai netizen dekat Twitter.



Kata Ainul, bekas suami maksu dia bekerja sebagai polis trafik dan kadang-kadang balik lewat malam sebab ada operasi. Pada mulanya dia faham dengan kerja itu namun lama kelamaan lepas pulang rumah mesti akan keluar balik walaupun dan lewat.

Since dia syak ada something, dia pasang apps tracker kat phone ex dia tu. Cerdik maksu aku ni even zaman tu tak secanggih sekarang. Tahun 06′-07′ mcm tu.”

So first benda dia DETECT malam tu, Ex dia ada dekat hotel. Operasi apa kat hotel kan. Suami dia trafik, bukan JAIS 😂.”

 

Naik teksi terpusing-pusing jam 2 pagi cari suami dekat hotel

Pusing punya pusing sekali tengok location suami dah bertukar dari hotel ke kedai makan. Pakcik teksi pula memahami dan bantu dia cari suami.

Curang1
sumber: twitter

 

Sampai kedai makan nampak….

Elok je sampai kedai makan tu memang kantoi suami dia tengah lepak dengan seorang perempuan. So, dia pun call buat-buat tanya dan suami dia menipu!

Banyak kerja lagi ni. Ada operasi malam ni, budak-budak lumba haram.”

Kedai3
gambar hiasan
Curang2
sumber: twitter

 

Terkejut beruk suami dengan perempuan tu

Tak tunggu lama dah, memang dia terus pergi tuju dekat meja dorang berdua. Lembut je dia tegur suami, terkejut beruk nampak isteri terpacak depan mata pukul 2 pagi.

Assalamualaikum hi… Ini operasi ayang ye.”

Lagi buat sakit hati, perempuan dengan gediknya buat kecoh dan halau dia.

Curang3
sumber: twitter

 

Capai mangkuk tomyam, simbah panas-panas

Curang4
sumber: twitter
Tomyam3
gambar hiasan

 

“Kenapa awak buat macam ni. Tak malu ke orang tengok…”

Bila nampak isteri dah marah, suami dia terus peluk dan tanya kenapa malukan dia begitu dekat tempat awam sebab ramai yang tengok ‘drama’ dorang.

Curang5
sumber: twitter

 

Terpaksa bawakan pergi klinik tapi…

Dalam pada geram tu, dibawa jugalah perempuan tu ke klinik tapi dia ‘sound’ suami supaya jangan keluar kereta kalau taknak ditinggalkan di situ.

Curang6
sumber: twitter

 

Suami cakap nak kahwin dua!

Awak nak kahwin dua? Pendapatan pun tak setara mana! Saya dgn anak-anak pun tak larat tanggung!”

Dia maafkan demi anak-anak meskipun tahu suami pergi hotel dengan perempuan tu.

Curang7
sumber: twitter

 

Walaupun dah kantoi, tetap buat perangai lagi.

Kata Ainul lagi, cerita ni adalah kisah suami maksu dia pertama kali kantoi curang tapi dimaafkan sebab fikir anak-anak. Masalahnya, walaupun bertahan dengan perkahwinan tu suami tetap ulang perbuatan sama banyak kali sampailah satu hari maksu dia tawar hati.

Curang8
sumber: twitter

Ramai netizen puas hati bila dapat tahu makcik dia buat macam tu dan ada juga yang puji ketabahan maksu yang terpaksa tahan dengan perangai suami, semuanya demi anak-anak.

Baca: “Kemas cara akak bersilat” – Suami Taubat Nak Kahwin Dua Lepas Isteri Guna Cara ‘Savage’ Sekolahkan Laki & GF

Kahwin2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.