Daripada Tukang Cuci Kepada Peguam. Kisah Lelaki Ini Beri Inspirasi Buat Ramai Orang

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Benar kata orang, tiada apa yang mustahil untuk dicapai jika kita berusaha tanpa berputus asa.

Seorang tukang cuci berusia 35 tahun baru-baru ini membuka mata ramai orang selepas membuktikan bahawa usaha dan kerja keras pasti akan membawa kepada kejayaan.

Ramil Comendador dari Catanduanes di daerah Bicol, Filipina bekerja sebagai tukang cuci di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (COMELEC).

Sumber: Facebook

Bapa kepada dua orang anak berusia 4 dan 8 tahun itu akui mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kemiskinan. Tidak mahu menerima bayaran gaji yang sama seumur hidupnya, Ramil kemudian membuat keputusan drastik untuk menjadi peguam.

Ramil kemudian mendaftarkan diri di Universiti de Manila di Metro Manila dan memulakan pengajian di sekolah undang-undang selama 5 tahun.

Segala perbelanjaannya diperoleh daripada gaji yang diterima sebagai tukang cuci itu. Meskipun berjerih untuk belajar, bekerja dan mengagihkan masa bersama keluarga, Ramil bagaimanapun tetap tidak lupa akan kebajikan kedua-dua anaknya.

Ramil turut menghadapi pelbagai rintangan sepanjang perjalanannya untuk bergelar peguam. Selepas tamat pembelajaran di sekolah undang-undang, dia akui menerima cabaran yang lebih berat.

Malah, semasa peperiksaan peguam pada tahun 2016, tangannya mula menggeletar disebabkan keletihan melampau. Keadaan itu menyukarkannya untuk menulis di dalam peperiksaan tersebut.

Sumber: Scoopnest
Sumber: Facebook

Namun, cabaran itu berjaya ditempuhinya dan Ramil akhirnya berjaya menjadi salah seorang daripada 3,747 peguam yang baru lulus peperiksaan peguam pada tahun 2016 di negara itu!

Sumber: Rappler

Kini, Ramil menjadi inspirasi kepada ramai pelajar di luar sana yang sedang berusaha keras demi mencapai impian masing-masing. Tahniah Ramil Comendador!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!