in

“Dapat surat merentas untuk urusan kerja” – Bukan Berbulan Madu, Risteena Perjelas Isu Rentas Negeri Dengan Suami Ke Sabah

Honeymoon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas heboh di media sosial isu seorang instafamous yang katanya telah merentas negeri untuk ‘berbulan madu’, kali ini muncul pula satu lagi isu yang sama melibatkan pasangan artis yang baru mendirikan rumah tangga.

Risteena Munim dan Isa Khan mendapat perhatian netizen selepas kedua-duanya memuat naik IG story yang memaparkan pasangan tersebut sedang bercuti di Sabah.


Tee7

162153881 3761858930563947 7571558986997052567 N 576X1024 1

Disebabkan negara kita kini masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi netizen agak musykil bagaimana pasangan tersebut boleh merentas negeri dengan menggunakan alasan berbulan madu jika ingin meminta kebenaran daripada pihak polis.

Serangg

 

“Kami di Sabah ada urusan kerja” – Risteena 

Penat dengan dakwaan tidak benar daripada netizen, Risteena akhirnya menerusi satu posting di Instagram telah menjelaskan perkara sebenar mengapa mereka berada di Sabah.

Menurut Risteena, dia bersama Isa Khan di Sabah adalah kerana urusan kerja dan perkara tersebut telah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Risteeena

Tambahnya lagi, dia berharap mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas berkenaan hal tersebut.

“Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” katanya.

Baca: “Pregnant ke tu?” – Gara-gara Perut Buncit Ruhainies, Risteena ‘Basuh’ Netizen Yang Tanya Adiknya Hamil Atau Tak

Buncitnya Ruhainis

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.