in

“Dapat perasa extra”- Gadis Ini Trauma Makan Pecel Ayam Lepas Temui Cicak Dalam Makanan

Feature 1 New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beli makanan kat luar memang memudahkan kerja semua orang sebab balik rumah dari pejabat nanti kita dah tak payah susah-susah masuk dapur. Namun, antara perkara yang ‘menyeramkan’ kalau tapau makanan adalah bila kita terjumpa benda yang tak diingini dalam makanan tu.



Seperti yang terjadi kepada gadis ini sebab dia temui cicak ketika sedang makan pecel ayam yang dibeli dari sebuah kedai! Menurut Tribunnews, video kejadian itu telah dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai meiongg sekitar minggu lalu.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Indonesia.

@meiongg

@baby.cuuu trauma mkn pecel wkwk

♬ Panik ngga – Ragil

Difahamkan, beberapa orang gadis tersebut telah membeli makanan berkenaan dari warung yang kemudiannya dimakan di rumah. Namun, bila dah nak habis makan, baru dorang perasan ada seekor cicak yang dah mati dalam salah satu bungkusan makanan tu. 

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit telah mendapat tontonan sebanyak 2.4 juta kali dan lebih 3 ribu komen daripada netizen.

Cicakk 1

Ketika dihubungi oleh Tribunnews, gadis tu cerita yang dia rasa macam ada benda yang keras ketika nak keluarkan lebihan sambal tu. Rupa-rupanya ada cicak gais! 

Disebabkan terkejut, semua isi makanan yang telah selamat masuk ke dalam perut cepat-cepat dimuntahkan. Mereka juga kemudiannya contact balik rakan mereka yang membeli makanan itu di warung berkenaan.

Cicakk 3

Yang baiknya, mereka tak minta refund pun daripada peniaga makanan tu. Cuma kawan dorang tu dah ke kedai tu semula dan nasihatkan peniaganya untuk lebih berhati-hati lepas ni. 

Pernah tak korang alami benda yang sama macam dorang ni? 

Sumber: Tribunnews, TikTok @meiongg

Baca: “Tutup periuk, nanti ada penunggu”- Punca Periuk Nasi Ini Rosak Boleh Buat Korang Geli-geleman!

Cicakk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.