[VIDEO] Guru ‘Nyanyi’ Lagu Jalur Gemilang Gunakan Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen

Jadikan sumber pilihan di Google
[VIDEO] Guru ‘Nyanyi’ Lagu Jalur Gemilang Gunakan Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen

Minggu lalu boleh dikatakan rata-rata sekolah di Malaysia mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai acara di sekolah masing-masing dan ada banyak juga video gelagat murid dan cikgu meraikan hari tersebut telah dikongsikan di media sosial seperti sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini.

Seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas awam di Kuantan mendapat pujian netizen selepas menggunakan bahasa isyarat ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang semasa sambutan sekolah.


Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna @namakulin22, guru berkenaan yang lengkap berbaju Melayu itu dilihat menyanyi dengan penuh keterujaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolahnya.

@namakulin22 #signlanguage #belajarbahasaisyarat #cikgulin #husband #pendidikankhas #skpkkuantan #bahasaisyaratmalaysia #fypシ #handsigns #masalahpendengaran #merdeka2023 ♬ original sound – namakulin

Jika dilihat sekali imbas, pastinya ramai yang menyangka reaksi berkenaan adalah biasa, namun sebenarnya guru berkenaan sedang ‘menyanyi’ lagu patriotik itu dengan menggunakan bahasa isyarat supaya pelajarnya boleh memahami lagu tersebut.

Artikel berkaitan : “Manisnya senyuman, boleh masuk ratu cantik!” – Pelajar SMK St. Theresa Gamatkan Sambutan Hari Malaysia

Artikel berkaitan : “Papa tak marah dah” – Murid Viral Dimarah Guru Sebab Bersolek Akhirnya Bersemuka Dengan Guru

Menerusi ruangan komen, ramai tampil memuji tindakan guru lelaki berkenaan kerana tetap mengambil kira kefahaman anak muridnya dan tidak ingin mereka berasa ketinggalan dalam menyanyikan lagu tersebut.

Sign Language SchoolSumber: TRP

Tidak kurang juga yang mengatakan perbuatan guru berkenaan memberi inspirasi kepada ramai selain ada yang menyarankan agar mata pelajaran bahasa isyarat diajarkan di sekolah rendah walaupun ianya sekadar asas agar ia memberi manfaat kepada murid-murid nanti.

Menurut TRP, bahasa utama yang digunakan komuniti yang mempunyai masalah pendengaran di Malaysia ialah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan ianya merupakan bahasa isyarat rasmi yang diiktiraf oleh kerajaan. Bahasa Isyarat Malaysia juga digunakan dalam siaran dan pengumuman. 

Sumber : TRP | TikTok

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Guru ‘Nyanyi’ Lagu Jalur Gemilang Gunakan Bahasa Isyarat Terima Pujian Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-guru-nyanyi-lagu-jalur-gemilang-gunakan-bahasa-isyarat-terima-pujian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen