“Tutup periuk, nanti ada penunggu” – Punca Periuk Nasi Ini Rosak Boleh Buat Korang Geli-geleman!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lepas masak nasi, pernah tak korang tinggalkan je periuk nasi tu tak bertutup? Since nasi pun dah tak letak dalam tu kan sebab dah habis makan. Tapi lepas baca ni korang sure trauma punyalah nak tinggalkan periuk nasi macam tu je.

Semalam tular satu entri yang dikongsi seorang wanita di Facebook pasal periuk nasi rosak. Periuk nasi rosak ni benda biasa, tapi apa yang mengejutkan adalah punca kerosakan periuk nasi tu. Tak sanggup admin nak tengok lama-lama!

Periuk nasi penuh dengan bangkai cicak

Menurut wanita dikenali sebagai Irah itu, bapanya memiliki sebuah kedai membaiki barang eletrik di depan Sekolah Menengah Hamzah. Abang Irah pula membantu membaiki barang-barang eletrik rosak yang dihantar ke kedai tersebut.

Kemudian, ada satu periuk nasi rosak dihantar ke kedai itu untuk dibaiki. Apa yang buat abang Irah terkejut adalah longgokan bangkai cicak dalam periuk nasi tu! Eeewww! 

“Ni customer baiki kat kedai abah Irah. Tengok apa yang abang Irah jumpa dalam periuk nasi.”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Sebab kita TAK BOLEH tinggalkan periuk nasi terbuka

Disebabkan bawah periuk tu penuh dengan cicak, pelik juga celah mana dorang boleh masuk berkumpul ramai-ramai dalam tu kan? Rupa-rupanya ada satu lubang kat dalam periuk nasi tu yang mungkin boleh jadi pintu utama cicak untuk masuk dalam periuk.

“Biasanya cicak dan lipas akan masuk melalui lubang ni.”

Bila dah penuh dengan cicak, sistem dalam periuk nasi pun akan terganggu sebab ada benda asing. Ini mungkin menjadi punca kenapa periuk nasi yang dihantar ke kedai bapa Irah tu rosak.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Tutup periuk nasi… Nanti ada penunggu”

Lepas kejadian ni, Irah turut memberi peringatan kat semua supaya tutup periuk nasi kat rumah walaupun kita tak guna atau waktu tak ada nasi dalam tu.

“Ingat ye kawan-kawan dan keluarga semua, penutup periuk sangat penting, tutup la periuk. Jangan biarkan terbuka lama sangat, apatah lagi kalau tanpa periuk untuk isi beras kat dalam tu. Nanti ada penunggu.”

“Jaga kebersihan ye semua adik, kakak, makcik, pakcik. Penting ni untuk kita semua.”

Sumber: Facebook

Lepas Irah kongsi pasal ni, rupa-rupanya benda ni agak common dan pernah jadi kat orang lain jugak. Jadi kita kena sentiasa berhati-hati dan selalu check periuk kita.

“Aku selalu bersihkan semua benda ni. Boleh pulak cicak mati kering dalam tu,” kata seorang netizen.

“Periuk aku pun pernah jadi macam ni. Mak aku terus buang periuk tu beli periuk baru yang lagi canggih. Lepas tu cicak tak boleh masuk dah.”

“Kena balik check periuk nasi kita, entah-entah ada cicak dalam tu.”

Eeeiiii banyaknya cicak! Tak sangka dorang boleh masuk kat dalam tu kan. Jangan lupa periksa periuk nasi rumah korang, takut jadi macam ni!

Baca: [VIDEO] Sangka Ulat Dalam Aiskrim Potong, Wanita Terperanjat Rupanya Tergigit Benda Lagi Teruk!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.