in

Netizen Kembang Tekak Lepas Tengok Ada 6 Ekor Cicak Dalam Botol Kicap

Ft Kicap Cicak

Seorang pengguna X tidak dapat menahan rasa loya apabila mendapati terdapat 6 ekor cicak di dalam botol kicap yang dibeli oleh kakak iparnya.

Hantaran yang dikongsikan menerusi platform media sosial tersebut telah meraih lebih daripada 3,000 jumlah perkongsian dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Artikel berkaitan : Individu Tuduh Kilang Kicap Kotor, Habhal’s Bakal Ambil Tindakan Undang-undang

Artikel berkaitan : Cikgu ‘Kembang Tekak’ Tengok Ada 5 Ekor Lipas Besar Dalam Botol Kicap Masa Makan

Walaupun jenama kicap tersebut tidak diberitahu, individu ini mendakwa bahawa ia adalah jenama kicap terkemuka dari negara jiran.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa geli apabila melihatnya dan ada juga yang sangsi dengan tindakan pemilik gamabr yang selindungkan jenama kicap tersebut. Bahkan, ada juga yang pernah alami pengalaman yang lebih kurang sama.

Kicap2 Kicap3 Kicap4 Screenshot 2024 02 16 122613 1 Screenshot 2024 02 16 152333

Bagi menjawab pertikaian netizen, wanita ini tampil beri respon kepada mana-mana individu yang mendakwa dia tidak menutup botol kicap.

Katanya penutup itu sangat kecil untuk cicak muat masuk ke dalam botol, malah ia pasti memakan masa seandainya cicak ingin masuk sekalipun selain menegaskan bahawa rumahnya bukanlah jenis banyak cicak.

Min pun jadi fobia kejap dengan kicap lepas ni.

Sumber : X