in

“Dapat greenlight daripada pihak tahfiz” – Sharifah Sakinah Beri Respon Kecaman Bawa Anak Tahfiz Tengok Wayang

Sharifahsakinah2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan murni Sharifah Sakinah memberikan hiburan buat anak-anak Tahfiz baru-baru ini telah mencetuskan konflik dimana aktiviti yang diberikan kepada mereka dianggap tak berfaedah dimata netizen.


Disebabkan sikap segelintir netizen yang suka ‘jatuh hukum’ ini, Sharifah Sakinah tampil membuat kenyataan untuk ‘ajar’ mereka supaya berfikiran terbuka.

 

Saya nak sokong filem tempatan, itu yang buat saya terfikir nak bawa pelajar tahfiz”

Sebelum ini Sharifah Sakinah ada muat naik satu foto dengan menggunakan kata-kata pedas “Aku bawa budak ni tengok cerita porn ke” untuk tutup mulut netizen yang mempertikaikannya.

Namun begitu ia telah dipadamkan semula, selepas itu Sharifah Sakinah sekali lagi tampil beri respon dan menjelaskan tujuan dan niat dia di Instagram.

View this post on Instagram

??

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Rasanya mesti ramai dah tahu yang Sharifah Sakinah bawa anak-anak tahfiz ni pergi menonton filem Pusaka pada Sabtu lepas.

Tujuan dia adalah untuk memberikan sokongan terhadap filem-filem tempatan, jadi dia buat keputusan untuk beli banyak terus kerana satu dua tiket tak cukup untuk membantu mereka.

Jadi, terlintas difikirannya untuk membuat amal kepada pelajar-pelajar tahfiz dengan harapan menceriakan waktu hujung minggu mereka.

Katanya dia dah dapat keizinan daripada pihak pengurusan tahfiz tersebut, namun tindakan murinya bawa makan, ajak tengok wayang itu menjadi pertikaian warganet.

Dalam masa yang sama movie Pusaka itu ada selitkan element keagamaan. Kata Sakinah lagi, dia tak sangka yang tindakan murninya itu boleh mencetuskan kontroversi dan memohon maaf secara terbuka.

 

Baca : “Ingat kerja dorang ngaji 24 jam ke?” – Netizen ‘Back Up’ Sharifah Sakinah Bawa Pelajar Tahfiz Tengok Wayang

Tahfiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.