in

“Dapat degree pun bodoh cam ni” – Graduan IPTA Buat ‘Hail Hitler’ Atas Pentas Graduasi Konon Tunjuk Solidariti Kepada Palestin

Hitler Apo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam sudah menjadi trend, pentas majlis konvokesyen kini dijadikan tempat untuk graduan luahkan rasa tak puas hati, pendapat dan aksi pelik-pelik pulak sekarang ni.


Antara kes terbaru yang viral di Twitter semalam ialah seorang pelajar IPTA kononnya telah bersolidariti untuk Palestin dengan membuat gaya ‘Hail Hitler’ di atas pentas konvokesyen. 

 

“Simbolik Hitler ini aku gayakan di atas pentas keramat U** kerana dunia menjadi buta dan bisu ketika Yahudi ber-maharajalela” 

Menurut tweet itu, graduan tersebut telah membuat gaya ‘Hail Hitler’ dengan mengangkat sebelah tangannya semasa menaiki pentas untuk mengambil ijazah.

Dia kemudian mentafsirkan tindakannya sebagai solidariti buat Palestin kerana Hitler telah membunuh orang Yahudi dalam tragedi Holocaust suatu ketika dulu. Apa kena mengena pulaklah Palestin dengan Hitler ni? 

Ums1

Ums2
sumber: twitter

 

“Kadang-kadang kita rasa kita lagi bijak dari ramai orang. Padahal…” 

Posting graduan terbabit telah mendapat kecaman hebat daripada netizen yang berpendapat apa yang dilakukan pelajar ini adalah perkara yang ‘bodoh’.

Ramai yang menganggap mungkin pelajar ini tidak buat ‘research’ betul-betul tentang siapa itu Hitler dan kalaulah Muslim pada ketika tu ada di Jerman, mungkin kita akan kena nasib yang serupa.

Haih macam-macam budak zaman sekarang ni ye? Cuba banyakkan membaca dulu sebelum buat apa-apa tindakan. 

Waras Ke Idok
sumber: twitter

 

“Alah Facebook ni. Gurau-gurau sikit pun tak boleh” 

Walau bagaimanapun, posting tersebut dengarnya sudah dipadam pihak Facebook kerana dikatakan melanggar Community Standards laman tersebut.

Graduan terbabit kemudian dengan selambanya berseloroh yang dia hanya nak bergurau je dengan muat naik gambar tersebut. Pulak??  

Wo

sumber: twitter

Kepada adik-adik kat luar sana yang nak graduate tu, tolonglah jangan ikut perangai macam ni ye. Dari elok-elok graduate, tak pasal-pasal ijazah kena tarik pulak. 

Baca: “Bro you got no common sense is it?” – Menjerit Sambil Angkat Placard di Majlis Konvokesyen, Graduan Ni Dikecam Biadap!

Placaerd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.