in

“Dalam kenangan” – Detik Terakhir Sebelum Bumbung Stadium Shah Alam Dirobohkan

Stadium Shah Alam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai Mei yang lalu, kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam sedang giat dijalankan. Tujuan utama stadium itu dirobohkan adalah bagi memberi ruang kepada pembinaan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal menempatkan pelbagai fasiliti sukan untuk kegunaan orang ramai.

Stadium yang sangat dekat di hati penduduk Shah Alam itu telah dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.

Terkini, bumbung Stadium Shah Alam telah dirobohkan secara terkawal. Bumbung stadium yang sangat ikonik itu telah dirobohkan hanya dalam beberapa saat.


Artikel berkaitan: Remaja Rebah, Meninggal Dunia di Stadium, Tidak Sempat Tonton Perlawanan KDA FC Melawan JDT

Artikel berkaitan: Sudah Dirobohkan, Netizen ‘Throwback’ Kenangan Manis Di Stadium Shah Alam

Korang boleh tengok video perobohan itu yang dimuat naik oleh @update11111 di bawah.

Memetik laporan Bernama pada Julai lalu, kerja-kerja perobohan itu dijalankan oleh kontraktor Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas mereka menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kompleks Sukan Shah Alam yang baharu bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.