Dalam menempuh bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini, kita dapat lihat kerjasama jitu dari semua pihak untuk menjernihkan semula keadaan di serata tempat.
Malah, ada juga selebriti tempatan yang turun padang untuk membantu mangsa banjir termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan pelawak seperti Fad dan Achey.
Namun, sebuah tweet dari pelawak terkenal Malaysia, Harith Iskander baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsikan apa yang dilihatnya sepanjang 4 hari membantu mangsa banjir.
Four days/nights on ground zero in Shah Alam, Banting, Hulu Langat – i havent seen any Angkatan Tentera around. Are they only allowed to jump in when this national disaster is declared a Darurat? An amphibian military vehicle would be VERY useful in saving lives in Tmn Sri Muda
— Harith Iskander (@HarithIskander) December 22, 2021
4 hari bantu mangsa banjir, ATM tak turun padang?
Melalui ciapan tersebut, Harith menyatakan bahawa dia tidak pernah melihat sebarang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turun padang untuk membantu mangsa banjir.
Dalam ciapan sama, Harith turut menegaskan pengangkutan laut dari ATM akan membantu menyelamatkan ramai orang di Taman Sri Muda.
Kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, di mana majoritinya memaklumkan bahawa mereka sudah banyak melihat usaha dari ATM membantu mangsa banjir diwar-warkan. Ada juga yang tidak bersetuju dan menyatakan ciapan itu seakan-akan menuding jari secara melulu.
ATM bidas kenyataan Harith Iskander
Membalas kenyataan yang turut dikongsi di laman Facebook pelawak tersebut, ATM meninggalkan komen untuk memaklumkan bahawa mereka tidak terkecuali dalam berganding bahu dengan pelbagai agensi bagi membantu mangsa banjir.
Antaranya adalah Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysi (JPBM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).”
Jelas mereka lagi, wakil Pegawai Perhubungan Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) sentiasa bekerjasama dan bersedia setiap masa dalam menghulurkan segala jenis bantuan yang diperlukan.
ATM ‘spam’ gambar bantu mangsa banjir
Dalam perkongsian sama, laman Facebook ATM dan Tentera Darat Malaysia turut ‘membanjiri’ ruang komen dengan foto dan video melihatkan usaha pihak tentera dalam membantu mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, laman Facebook ATM dilihat tetap berterima kasih kepada Harith Iskander dan pasukannya dalam usaha meringankan beban mangsa banjir.
Usaha bantu mangsa banjir tu dah baik, tapi kalau boleh dalam masa yang sukar ni, eloklah semua pihak kurangkan buat kenyataan yang menimbulkan provokasi.
Sumber: Kosmo, Twitter dan Facebook
Baca: ‘Penat’ Tunggu, Angkatan Tentera Malaysia Turun Bantu Mangsa Banjir Walaupun Tanpa Arahan