in

Dakwa Ramadan Jatuh Pada Bulan 12, Netizen ‘Tepuk Dahi’ Lihat Pengikut Agama Ahmadi Rujuk Wikipedia

Ajaran Ahmadi Puasa Bulan 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, hangat diperkatakan mengenai ajaran baharu yang kerap menyebarkan dakyah mereka di media sosial, Agama Ahmadi yang mana telah mendapat perhatian Menteri Agama dan kini sedang dalam pemantauan pihak berkuasa.


Terbaru semalam, pengikut ajaran ini mendapat perhatian netizen apabila mendakwa bulan Ramadan sepatutnya jatuh pada bulan 12 (Disember) dan bukannya pada hari ini (12 Mac 2024).

Artikel berkaitan: “Bertentangan syariat Islam” – Kecoh Agama Ahmadi, Menteri Agama Akan Minta PDRM & MCMC Pantau Ajaran Sesat

Artikel berkaitan: 150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Kenyataan tersebut telah membuat para netizen ‘geleng kepala’ kerana dua individu ini juga mendakwa kalendar yang umat Islam gunakan kini bukanlah daripada Rasulullah SAW.

Malah individu ini juga meminta netizen untuk merujuk hal tersebut di Wikipedia untuk mengesahkan kebenaran mengenainya.

@peja_505

Replying to @Haniff Muhd #AgamaAlmahdi

♬ original sound – LafizaX – LafizaX

Kalendar yang anda gunakan bukan daripada Rasulullah, anda boleh semak dan kaji. Masuk Wikipedia check research historical, sejarah, ustaz-ustaz tak cerita ya. JAKIM jauh sekali pasal banyak masalah timbul. 

“Kami berkata benar walaupun pahit. Kami memberitahu bahawa kalendar ini yang anda gunakan salah. Ramadan sebenar jatuh pada bulan 12,” katanya.

“Parah ni… makin sesat barat dah ni” 

Video tersebut telah menerima kecaman dan kritikan netizen yang bimbang melihat dua individu tersebut yang jelas-jelas sudah jauh terpesong dari agama Islam yang sebenar.

Pelik

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar telah sedia maklum mengenai ajaran agama baharu ini dan mengarahkan JAKIM dan JAWI untuk memantaunya kerana jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Malah pihak berwajib seperti PDRM dan MCMC juga telah diminta untuk menurunkan TikTok yang menyebarkan ajaran itu agar tidak dapat ditonton pengikutnya.

Yang pelik-pelik jelah kan… siap suruh rujuk Wikipedia pulak. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.