in

150 Pengikut Ajaran Sesat Si Hulk ‘Lari’ Ke New Zealand, Mohon Perlindungan Suaka

Si Hulk New Zealand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah video yang mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan ajaran agam Islam.

Kultus yang digelar Si Hulk itu telah diisytiharkan ajaran sesat oleh jawatankuasa fatwa negeri Johor, Melaka serta Perak.


Menurut laporan FMT, pengikut ajaran tersebut difahamkan memohon perlindungan suaka di New Zealand, Presiden Perniagaan Malaysia New Zealand, Dave Ananth memberitahu beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh Kementerian Pembangunan Sosial (MSD) negara itu.

Dikatkan kira-kira 150 pengikut ajaran itu serta ahli keluarga kini berada di New Zealand dan mereka memohon perlindungan suaka termasuk bantuan kewangan dengan menggunakan sebab agama.

Pun begitu, Dave Ananth yang kini berkhidmaat sebagai peguam di negara itu berkata pada pandangannya, kumpulan tersebut tidak sepatutnya diberikan perlindungan suaka atas alasan penganiayaan terhadap agama mereka.

“Kamu tak boleh hanya datang ke sini dan berkata ‘saya mangsa penganiayaan agama’. Islam adalah agama rasmi Malaysia dan negara itu dihormati sebagai negara yang berfahaman sederhana.

Saya tidak percaya berlakunya penganiayaan agama ketika agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka dengan harmoni,” katanya.

Difahamkan, Dave Ananth telah berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang berkait dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta polis Malaysia.

Dia berkata, kedatangan kumpulan itu menimbulkan rasa bimbang pihak berkuasa Wellington kerana risau program perlindungan pelarian mereka disalah guna.

Selain itu, komuniti Islam dari Malaysia dan Singapura turut risau dengan kehadiran kultus tersebut, mereka juga telah mengantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk mendesak menggunakan kuasa dalam undang-undang bagi menghalang ajaran Si Hulk.

Baca: Tular Video Ajaran Sesat Si Hulk, JAINJ Dedah Ia Rupanya Dirakam Di Luar Negara

Si Hulk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.