in

“Dah tak betul dia ni” – Polis Wanita Kena Gigit Dengan Lelaki Lepas Explain Tentang Peraturan Perintah Berkurung

Combine Gigit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis di seluruh negara sedang menjalankan tugas mereka sebaik mungkin untuk memastikan orang ramai kekal berada di rumah dan mengikuti arahan kawalan pergerakan atau perintah berkurung.


Namun, ada segelintir individu yang masih mengingkari arahan itu sampai ada yang melawan pihak berkuasa. Hal ini tak sepatutnya berlaku sebab pihak polis dah buat sedaya upaya untuk  memastikan orang ramai berada dalam keadaan selamat berikutan wabak Covid-19 ini.

Satu kejadian berlaku di Greater Manchaster, United Kingdom dimana seorang lelaki didakwa selepas mencederakan dua orang polis wanita yang sedang bagi explaination tentang peraturan perintah berkurung semasa Covid-19, lapor Daily Star.

Dilaporkan, lelaki yang berusia 29 tahun itu telah menumbuk salah seorang polis dan menggigit lagi seorang lagi polis wanita di lengan sampai terpaksa perlu dirawat di hospital.

Polis Uk

Polis berkenaan cuba untuk menjelaskan kepada lelaki itu supaya patuh kepada arahan kerajaan dengan tidak berkunjung ke rumah orang lain.

Namun, lelaki itu bertindak agresif dengan menumbuk dan menggigit lengan polis wanita berkenaan sampai berbekas.

Gigit

Kalau ye pun marah jangan lah sampai gigit tangan polis tu

Superintendan Richard Hunt, yang berpangkalan di Greater Manchaster berkata, tindakan itu sangat menjijikkan dan dia berharap agar anak buahnya itu segera sembuh

Lelaki berkenaan didakwa atas pertuduhan membuat serangan kepada kakitangan kecemasan dan jenayah kerosakan.

Baca : Pesakit Positif Covid-19 Pukul & Gigit Muka Nurse Sebab Tak Nak Buat Treatment

Nurse

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.