in

Pesakit Positif Covid-19 Pukul & Gigit Muka Nurse Sebab Tak Nak Buat Treatment

Nurse

Kita sebagai rakyat biasa ini memang betul-betul bersyukur dengan frontliner ini, bergadai nyawa untuk menyelamatkan orang lain termasuklah pesakit Covid-19 ni. Tanpa mereka, memang makin teruk penyakit ni.

Tapi tak tahu lah kenapa masih wujud manusia-manusia yang macam tak ada common sense. Susah nak dengar cakap dan ada yang sanggup gunakan keganasan fizikal lagi.

 

Pukul gigit muka nurse

Menerusi WORLD OF BUZZ, seorang pesakit positif Covid-19 di Guangzhou, China enggan memberi kerjasama untuk menjalani prosedur rawatan sehingga sanggup memukul jururawat bertugas.

Maxresdefault 3

Lelaki yang dikenali sebagai Okonkwonwoye Chika Patrick, dari Nigeria ini pergi ke Guangzhou pada 20 Mac lepas dan disahkan positif Covid-19. Dia diarahkan untuk menjalani rawatan di hospital tersebut pada 23 Mac, sehingga kini dia masih lagi positif wabak tersebut.

Pada 1 April lepas,Biro Keselamatan Awam Perbandaran Guangzhou menerima laporan bahawa seorang pesakit di wad pengasingan sebuah hospital di Guangzhou  tidak memberi  bekerjasama dengan rawatan dan telah mencederakan seorang jururawat.

Necj

Difahamkan, jururawat tersebut meminta pesakit untuk melakukan ujian darah tetapi dia enggan melakukannya dan cuba nak keluar dari wad pengasingan. Jururawat tersebut cuba untuk menghalangnya tetapi dia terus pukul dan gigit muka jururawat tersebut.

Jururawat itu mengalami kecederaan di muka leher dan pinggang. Kes itu telah menjadi kes polis dan sedang melakukan siasatan dan  memperketatkan lagi kawalan di wad pengasingan tersebut.

Suspek juga sedang menjalani rawatan dibawah pemantauan pihak polis. Apabila rawatan tamat, polis akan segera mengambil tindakan kepada suspek mengikut Undang-undang dan peraturan Pencegahan dan Rawatan, Undang-Undang Penyakit Berjangkit, Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Pentadbiran Keluar dan Masuk

 

Baca : “Golongan artis patut malu dengan dorang ni”- Jahit PPE Untuk Frontliners, Banduan Penjara Penor Dipuji Netizen

Banduan