“Dah setahun curang” – 6 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Suami Lafaz Cerai Sebab Isteri Tak Nak Poligami Tiba-tiba…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dah setahun curang” – 6 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Suami Lafaz Cerai Sebab Isteri Tak Nak Poligami Tiba-tiba…

Tak kisahlah berapa lama pun kita dah kahwin, ia bukanlah pengukur yang perkahwinan tu akan bahagia selama-lamanya. Yelah, sedangkan pantai pun berubah, ini kan pula hati manusia…

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah kongsikan screenshot luahan hati seorang wanita tentang suaminya yang nak kahwin lain.


Aku tak pernah perasan ada orang ketiga antara kami

Cheating1

Menurut wanita ini, dia baru saja bercerai dengan suaminya kerana suami dia dah suka dengan perempuan lain. Rakan sekerjanya.

“Aku tak kerja, aku berhenti lepas berkahwin. Duit nafkah aku dia tak pernah miss. Aku simpan dan guna sikit-sikit bila perlu.”

Wanita ini berkata, hubungan dia dan suaminya berjalan seperti biasa, bergurau senda, tak bergaduh mahu pun bermasam muka. Tambahan lagi, dekat rumah pun wanita ni cuba untuk jaga penampilan.

“Selama ni aku tak pernah perasan ada orang ketiga antara kami. Aku tak pernah ambil tahu hal sosial dia di tempat kerja.”

Satu hari dia balik bagitahu dia nak minta izin untuk berkahwin seorang lagi. Aku terdiam. Tak boleh nak menangis tapi dada rasa sesak, sebak. Rasa nak cungkil keluar letak luar.”

Wanita ini kemudiannya berkurung di dalam bilik sambil memikirkan apa kesalahan yang dia dah buat sepanjang 6 tahun perkahwinan mereka.

Dia nak anak. Sendiri.

02Hmteas Cerai.jpg 1526526698

“Hari ke 2, aku keluar bilik aku tanya dia sejak bila sukakan perempuan tu? Dia cakap dah hampir setahun. Aku diam.”

Aku tanya kenapa, dia cakap, dia nak anak. Sendiri.”

“Masalahnya sekarang, kami berdua subur, bukan tak pernah usaha, pernah.

Aku minta dia lepaskan aku cara baik.

Amalan Ibu Hamil

Wanita ini kemudiannya meneruskan ceritanya dan berkata yang suaminya dah janji akan berkahwin dengan perempuan tersebut. Disebabkan itu, wanita tersebut meminta untuk dilepaskan dengan cara baik.

“Masuk minggu kedua, perempuan tu sekali pun tak ada datang jumpa aku. Kemudian sekali lagi dia cuba berbincang untuk poligami. Aku cakap tak nak.

“Itulah pertama kali dia marah aku beriya, katanya aku keras kepala dan mengungkit segala nafkah yang tak pernah tertangguh dan dalam keadaan marah, dia lafazkan cerai.”

Namun ceritanya tak terhenti setakat itu…

Dan hari ini, aku dapat tahu aku sah mengandung 12 minggu. :(“

Allahu, sedih betul cerita ni. Mungkin ada hikmahnya dorang bercerai. 

Baca: Wife Busy Rancang Wedding Anniversary, Tapi Suami Kahwin Lain!

Screenshot 2019 12 05 At 12.42.25 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dah setahun curang” – 6 Tahun Kahwin Tak Ada Anak, Suami Lafaz Cerai Sebab Isteri Tak Nak Poligami Tiba-tiba…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-setahun-curang-6-tahun-kahwin-tak-ada-anak-suami-lafaz-cerai-sebab-isteri-tak-nak-poligami-tiba-tiba/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM