in

“Dah melebih ni bro” – Bengang Dihantar Pelesit, Caprice Tawar RM30,000 Kalau Sesiapa Dapat Kenalpasti Bomoh Bertanggungjawab!

Hantar Ilmu Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun dunia sekarang dah canggih dengan pelbagai jenis teknologi, tak sangka masih ada lagi orang yang percaya dengan kepercayaan syirik dan kuno macam bomoh dan ilmu hitam.


Sesiapa saja boleh jadi ‘target’ kepada ilmu hitam ni, tak kiralah korang tu orang biasa-biasa je apatah lagi terkenal macam Caprice! Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice telah memuat naik video pelesit yang dijumpai secara misteri semalam. Allahhh seramnya! 

 

“RM30,000 cash reward bagi mereka yang boleh kenalpasti bomoh dan orang yang bayar bomoh tersebut” 

Menurut Caprice, kejadian mistik ini berlaku ketika dia baru pulang dari tengok movie malam semalam. Tiba-tiba secara tak sengaja, dia terjumpa seekor pelesit yang telah mati bersama sehelai rambut terkeluar daripada badan haiwan tersebut. 

Bengang dengan apa yang berlaku, Caprice siap tawarkan wang ganjaran sebanyak RM30,000 bagi sesiapa yang dapat kenalpasti bomoh yang menghantar ‘benda tak baik’ tersebut dan siapa yang membayar bomoh yang melakukan hal tersebut kepadanya.

Ya Allah tergamak ye sesiapa yang buat benda keji ni! 

View this post on Instagram

Yo lain kali nak hantar barang, hantar yang ade tanduk lah.. you better pray to the devil that i dont find you. ? RM30,000 cash reward for the person who can identify: 1. The bomoh 2. And the person who paid the bomoh. P.S- guys im so sorry for not being like my usual self lately. Caprice jarang ambik port pasal bende spiritual / hantu / sihir semua ni. But lately, so much weird shit have been happening around me and my friends. Caprice baru balik dari tengok movie tibe2 jumpe a dead pelicit macam terbakar with rambut coming out from the body. Im tired bro. I dont know what to believe. I just want answers. And then i also want to slap the person behind this before letting God handle the rest. ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

 

“Pelesit ni macam belalang tapi badan die lagi nipis…” 

Bagi yang tertanya-tanya apa itu pelesit, ada di kalangan netizen yang menjelaskan bahawa pelesit ni macam sejenis serangga belalang macam tu.

Bentuk badannya agak nipis dan bagi mereka yang nak mengesan penghantar pelesit ni, korang kena tangkap haiwan ni dan cabut kepalanya. Lepas cabut kepala, rambut si penghantar tu akan keluar macam video Caprice di atas. Boleh nampak kan ada sehelai rambut kat video atas? 

Heck
sumber: instagram

 

“Allahu take care bruhh… you better go to any darussyifaa” 

Rata-rata netizen mendoakan supaya Caprice dalam keadaan baik-baik saja dan cepat-cepat berubat sebelum masalah lain timbul pulak. Haih kenapalah berhasad dengki sampai macam ni rupanya. 

Aaa
sumber: instagram

Harap-harap kita semua dijauhkanlah daripada perkara-perkara buruk ini. Amin! 

Baca: “Dia tak balik rumah, tak tidur 4 hari” – Dakwa Ada Masalah Jiwa, Caprice Mohon Maaf Bagi Pihak Zyn Nakal

Price

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.