in

Dah malam pun masih semangat kerja”- [Video] Netizen Geli Hati Tengok Gelagat Frontliner Hilangkan Stress

Ft Front

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi frontliner bukanlah perkara yang mudah. Mereka terpaksa tinggalkan kehidupan mereka demi menjaga pesakit-pesakit bagi pekerja penjagaan kesihatan. Ada yang terpaksa memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang panas untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti Covid. Bukan semua orang mampu jadi frontliner.


Tapi lain pula dengan cerita kalini. Dalam kepayahan yang dihadapi oleh mereka, ada juga pekerja garis hadapan yang gembira dengan kerjanya. Siap menari-nari lagi ye.

“Seronok betul tengok dia orang ni”

Semalam, dalam perkongsian @Rafi.Aimann, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktoknya.  Dalam video tersebut, Rafi menunjukkan enam orang rakan frontliner nya sedang menari mengikut rentak lagu Tiktok. Mereka merupakan pekerja barisan hadapan yang ditugaskan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras.

@rvfivimvn77

Clinical waste done ✅ #fyp #fypシ #tiktok #tiktokmalaysia #viral #pusatkuarantin #pkrc #covid19 #AllahIsOne #kerjatakbolehstress #jagasop

♬ NYENDERxParjamban – Ikmaldeff

Walaupun mereka bekerja hingga lewat malam tapi mereka masih kelihatan bersemangat. Aksi yang ditunjukkan dalam video tersebut buat netizen yang menontonnya geli hati. Ada yang panjat tong sampah dan ada juga yang menari sambil angkat tong sampah. Min pun terhibur tengok. Haha.

“Ramainya bagi support

Rata-rata netizen yang menonton video yang mendapat lebih daripada setengah juta tontonan ini memberi kata-kata semangat kepada mereka. Ada yang mengucapkan terima kasih kerana membantu dalam menangani kes Covid di Malaysia. Thank you frontliner!

Min tertarik untuk berkongsi beberapa komen daripada netizen tentang video ini.

Kobit Full

Meskipun kerja yang dilakukan mereka agak mencabar, namun ianya mengajar mereka erti pengorbanan. Netizen berharap agar ramai lagi anak muda yang turut serta dalam aktiviti sukarelawan dengan niat yang baik.

Jangan mengalah, kami sentiasa ada di belakang. Fighting!

Baca:aik takkan tak dapat trace lagi muat naik video divaksin netizen tertanya tanya di mana sajat

Sajat E1628495855638

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.