in

“Dah macam doktor dah” – Tukang Gunting Rambut di India Pakai PPE Untuk Potong Rambut Pelanggan

Feature 3.1 1 E1622266359336

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setakat ini, kedai gunting rambut dan beauty salon di Malaysia masih lagi belum dibenarkan untuk beroperasi sebab tempat tersebut adalah lagi berisiko untuk dijangkiti. Nak gunting rambut ni kena duduk dekat-dekat, jadi lebih bahaya. 


Namun, menurut South China Morning Post, sebuah kedai gunting di India ni telah mewajibkan tukang gunting mereka untuk memakai personal protective equipment (PPE) seperti yang dipakai oleh frontliners untuk menggunting rambut pelanggan.

As hair salons in India reopen, these barbers are taking serious precautions to protect themselves and their customers from Covid-19.For the latest on the pandemic: sc.mp/covid19

Posted by South China Morning Post on Tuesday, June 2, 2020

 

Tindakan tersebut diambil setelah kerajaan negara itu telah membenarkan barbershop untuk beroperasi semula setelah dua bulan tempoh lockdown.

Barber 2

Suhu badan pelanggan juga akan diperiksa terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan masuk ke dalam kedai. Hand sanitizer pun kena pakai dulu sebelum masuk. 

Barber 3

Barber 4

Pemakaian alat perlindungan ini dibuat selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan di sana.

Bukan itu je, kerusi di tengah-tengah kedai juga ditinggalkan kosong supaya penjarakan sosial dapat diamalkan.

Rata-rata pelanggan juga berpuas hati sebab katanya dorang rasa selamat untuk menggunakan perkhidmatan di kedai terbabit. Akhirnya dapat juga dorang ni potong rambut.

Barber 7

Walaupun mereka semua ni lengkap dengan pemakaian PPE, namun ada juga yang mengatakan perkara tersebut hanya akan melindungi pekerja kedai dan pelanggan tetap terdedah kepada risiko jangkitan.

Barber 6

So, apa pendapat korang? Selamat ke tak selamat kalau buat macam ni? 

Baca: 5 Individu Dijangkiti Covid-19 Selepas Gunting Rambut Di Saloon, Kluster Terbaru?

Barber

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.