in

5 Individu Dijangkiti Covid-19 Selepas Gunting Rambut Di Saloon, Kluster Terbaru?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal disambung sehingga ke 28 April 2020 selepas diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. Beberapa sektor akan dibenarkan untuk beroperasi semula seperti kedai dobi dan kedai gunting rambut.


Meskipun berita ini menggembirakan ramai pihak, namum timbul pula persoalan lain. Adakah kebenaran beberapa sektor ini untuk beroperasi semula tidak mendatangkan kesan buruk kepada rakyat Malaysia?

Kluster Saloon di Jepun

Terbaru, lima orang dilaporkan telah dijangkiti virus Covid-19 selepas berkunjung ke sebuah saloon di Fukuoka, Jepun.

Di Bandar Buzen, tiga orang dilaporkan dijangkiti virus yang sama pada 9 April 2020, termasuk seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dan wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an. Kedua-dua mereka ini mempunyai rekod singgah ke saloon tersebut.

Tukang gunting rambut mati selepas terima pelanggan

Turut berlaku di Mississippi, seorang tukang gunting rambut dilaporkan telah meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19.

Berdasarkan laporan, Eugene Thompson, 46 meningggal di Hospital St. Dominic pada 4 April lepas selepas beliau dijangkiti Covid-19 pada bulan lepas. Semuanya terjadi selepas Eugene masih menerima pelanggan meskipun wabak Covid-19 sedang merebak secara meluas di kawasan tersebut.

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan rakyat Malaysia agar tidak keluar rumah langsung semasa PKP. Namun, sebagai perkongsian buat kita semua agar sentiasa menjaga jarak sosial dan menjaga kebersihan diri.

Kita jaga kita!

 

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Buat ‘Sanitizer Gate’ DIY Dengan Hanya Modal RM257.16

Sumber: iHeartRadio

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.