Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Menangis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

Tambah ke Sumber Pilihan
Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Menangis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

Bak kata orang dulu-dulu, jangan buat main kalau ibu yang sedang mengandung mengidamkan sesuatu. Kalau boleh ditunaikan, baik tunaikan dengan segera sebelum bayi dilahirkan.

Mengidam pula, boleh jadi bermacam-macam benda. Tak kisah dari segi makanan ataupun perkara-perkara yang pelik. Lagi-lagi kalau benda yang diidamkan dapat ditunaikan, boleh menyebabkan ibu mengandung beremosi!


Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok milik @_mekmim, dilihatkan dirinya sungguh beremosi ketika menjamah kek pengantin yang dipercayai berada di satu kenduri kahwin.

Ternyata dirinya sudah lama mengidam kek pengantin tetapi disebabkan larangan mengunjungi majlis keramaian yang dibuat sebelum ini menyebabkan dirinya terpaksa tahan berbulan lamanya.

Disebabkan kejadian itu juga, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen di bahagian komen. Rata-rata mengatakan perkara yang sama iaitu emosi ibu mengandung sememangnya amatlah sensitif dan harus dijaga dengan baik supaya tidak rasa terganggu.

“Jangan cakap mak buyung mengada tauu.. Simple things pon bleh buat nangis tau..” – Netizen

Tidak ketinggalan, ramai juga yang menceritakan pengalaman mereka mengenai kawan-kawan mereka yang turut beremosi sehingga boleh menangis seharian kerana tidak dapat apa yang diidamkan sewaktu mengandung.

Ibu FullSumber: TikTok

Nampak tak? Kesimpulannya, kalau ibu mengandung inginkan sesuatu kerana mengidam eloklah ditunaikan untuk mengelakkan mereka kecewa sehingga boleh menjejaskan kandungan mereka.

Min doakan semoga semua urusan Mekmim dipermudahkan sehingga selamat melahirkan..

Baca: “Cantik, Macam Selena Gomez!” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun, Mula Ikut Langkah Ibu Suka Menari

Page Ratu

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Siti Aina
Lagi tulisan Siti
Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Menangis Gembira Dapat Makan Kek Pengantin
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dah-lama-mengidam-ibu-mengandung-menangis-gembira-dapat-makan-kek-pengantin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM