in

“Dah ikat tak payah jaga anak ke?” – [Video] Budak Tergantung Dekat Siling Lepas ‘Leash’ Tangan Tersepit Pada Pintu Lif

Leash3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak ni ada macam-macam perangai, ada yang senang dengar cakap ada yang susah. Jadi, untuk kanak-kanak yang suka berlari di tempat awam, parents lebih senang pakaikan tali keselamatan “kid leash”  pada lengan atau beg bagi memastikan anak dorang tak hilang.


Collage 4

Walaupun ada kelebihan bagi ibu bapa untuk pastikan anak dorang selamat, malangnya pemakaian tali keselamatan ini ada juga kekurangannya.

Seperti insiden yang berlaku di Huangshi, China pada 28 Mei lalu bila seorang budak perempuan berusia dua tahun tergantung pada siling bila dia tak sempat keluar lif bersama ibunya.

Menurut Oriental Daily, ibu ini telah membawa tiga anaknya keluar, bila dia hendak keluar dari lif, anak perempuannya ini tak ikut keluar sekali dan pintu lif tertutup sebelum sempat dia bawa anaknya keluar.

Giphy1

Rakaman CCTV menunjukkan budak tersebut berdiri di dalam lif bila pintu tersebut ditutup dan sejurus selepas itu, budak ini terus naik ke atas siling lepas lif tersebut bergerak dan dia tergantung seperti itu selama dua minit sebelum dia terjatuh semula ke bawah.

Giphy

Nasib baik budak tersebut berjaya diselamatkan lepas ibu ini minta pertolongan dari pihak pengurusan.

Haih, nasib baiklah tak ada apa-apa yang buruk jadi dekat budak tu. Mak ayah yang pakaikan leash dekat anak ni hati-hati sikitlah, kalau boleh bila keluar dari lif tu pegang je tangan anak, tak payah berharap sangat dengan tali tu.

 

Baca: “Patut kena penjara dia ni” – Warga Emas Didenda RM 400 Sebab Meludah Di Dalam Lif

Screenshot 2020 06 02 At 1.57.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.