Walaupun hubungan sah mereka dah putus, nampaknya Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi berhubung. Mereka yang dikurniakan seorang cahaya mata itu dilihat masih ‘mesra’ biarpun sudah berpisah.
Mereka dikatakan kerap berhubung antara satu sama lain sehinggakan netizen pun dah mula kurang senang tengok mereka bermesra melalui IG Live baru-baru ini.
Bella you really need to stop – Netizen
https://twitter.com/EBatrishiaa/status/1175673989026304002?s=20
Baru-baru ini Bella dan Aliff ada berduet secara live di Instagram, netizen dah mula jelak bila melihat gelagat Bella masih lagi bermesra dengan bekas suaminya selepas banyak mengharungi dugaan sepanjang menjadi isteri Aliff dulu.
Malah, mereka rasa rimas melihat mereka berhubung melalui IG Live sedangkan ada banyak alternatif lain lagi. Sebelum ini netizen rasa sebak tapi sekarang, mereka dah naik bosan.
Pendek kata netizen minta untuk Bella move on.
Bagaimanapun bagi segelintir daripada mereka, tak salah pun sebenarnya. Ada juga yang mendoakan bahawa mereka berbaik dan mengharapkan Aliff berubah.
Malah ramai juga yang menyokong hubungan baik mereka.Terpanggil dengan tweet tersebut, Aliff Aziz tampil berikan respon menempelak netizen yang mengecam mereka berdua ni.
Kata-kata kesat awak tu boleh awak tu jadi lebih baik daripada saya ke? – Netizen
Katanya, dia terkilan dengan melayu muslim yang kecam mereka dengan kata-kata kesat. Memang betul semua orang ada hak nak bersuara tetapi kata-kata yang menjatuhkan itu kadang-kadang menunjukkan mereka tu lebih teruk daripada dirinya
https://twitter.com/AliffAziz/status/1176357921292111872
Ish, biarlah diaorang,mereka masih ada hubungan baik dah dikira bagus sebab diaorang kan masih ada anak, jadi kenalah jaga. Tak suka tengok diaorang bermesra? Itu pendapat masing-masing
Baca : “Tak terfikir untuk bercinta atau mencari pasangan buat masa sekarang” – Bella Nafi Ada Cinta Baru