Biasanya kalau nak buat kedai makan laris, mestilah kena muncul dengan satu ‘kelainan’ daripada pesaing-pesaing untuk menarik perhatian pelanggan.
Tapi amat keterlaluan kalau kedai makan tu sanggup jual daging anjing sebagai menu special di premis mereka.
Stok terhad
Sebagai seorang Ahli Terapi Kulit Haiwan Peliharaan yang mengambil berat tentang binatang, pemuda yang dikenali sebagai Lee Jun Hau baru-baru ini mendedahkan ada satu restoran di Kampung Baru Broga ini ada menjual daging anjing secara terbuka kepada pelanggannya.
Dalam perkongsiannya di Facebook, salah seorang rakannya ada mendekati pemilik restoran tersebut. Mereka mengaku kadang-kadang ada jual ‘hidangan’ tersebut.
Kena book kalau nak makan
Bukan sahaja daging anjing, dia daging-daging haiwan liar lain seperti, tupai, landak, arnab, dan dikhabarkan ada jual daging buaya juga.
Dalam menu, daging anjing digelarkan sebagai “three-six” (yang membawa maksud jumlah tambah sembulan dan nombor ini bunyi dia seperti ayat “anjing” dalam bahasa Cantonese) yang berharga RM25 sepinggan.
Dikatakan kawan Lee pernah ke restoran tersebut dan merakam perbualan sebagai bukti yang mereka ada jual daging anjing tu.
https://www.facebook.com/GR00MER.J/videos/pcb.2619211888098277/2619207434765389/?type=3&theater
Wanita yang merupakan owner restoran tu ada beri pesanan dekat kawan Lee, dia kata kena buat reservation kalau nak makan sebab ‘stok’ terhad.
Tambah Lee lagi, premis ni dah beroperasi dua tahun dan sebelum ni mereka pernah nak cuba lawan tapi pihak aktivis tidak mempunyai sebarang bukti. Cuma kali ini mereka dah ada gambar dan rakaman sebagai bahan bukti.
Tangkap, kurung dan sembelih senyap-senyap pada waktu malam
Lee pernah nak selamatkan anjing yang ditangkap dan dikurung dalam sangkar tu, tapi sayang keesokan harinya danjing tu dah tak ada. Katanya..
“Maaf, kitaorang dah terlambat untuk selamatkan kau, Baru dapat mesej nak lepaskan kau tapi semuanya dah terlambat. Anjing ni dah kena bunuh malam tadi, ada sumber kami mengatakan yang diaorang selalu akan sembelih anjing tu secara rahsia pada waktu malam”
Lee menjelaskan kepada WORLD OF BUZZ yang dia dah buat laporan polis, tapi bila diaorang tengok balik restoran tu, ianya masih beroperasi.
Baca : Daging Rusa Pun Ada Yang Palsu? Hati-hati Sebelum Membeli