in

“Dah berniat nak nikahi Ayu sejak dia umur 7 tahun lagi”

Image 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes peraih getah berusia 41 tahun kahwin dengan budak perempuan berusia 11 tahun ni menyebabkan ramai bengang sebab lelaki dikenali sebagai Che Abdul Karim Che Hamid tu menegaskan yang dia tak akan berpisah dengan Ayu walaupun budak perempuan tu masih bawah umur.


Menurut Harian Metro, Karim mendedahkan yang dia sudah berniat untuk mengahwini isteri ketiga sejak Ayu berusia tujuh tahun lagi. Karim menyatakan niat dia kepada kawannya selain menunjukkan gambar budak perempuan itu ketika berada di tanah suci Makkah dan kebanyakannya setuju sebab Ayu tak bersekolah. Keluarganya juga miskin.

Image 1 2
sumber: kosmo

Karim mengaku yang dia tak pasti apa yang membuatkan dia mahu berkahwin dengan budak yang seusia anak dia, tapi katanya yang pasti bukan sebab nafsu. Tapi sebaliknya lebih kepada sikap nak lindungi budak tu dan jaga kebajikan dia.

“Ketika berita perkahwinan kami tersebar, hanya orang luar yang terkejut dengan berita berkenaan kerana kebanyakan penduduk kampung serta rakan saya sudah mengetahui perkara itu sejak sekian lama.”

Image 6
sumber: utusan

“Saya kenal dia sejak dia kecil lagi kerana tinggal berjiran, malah saya mengajar al-Quran kepada anak serta dia juga.”

“Ketika itu saya kata pada diri yang satu hari nanti saya akan ambil budak ini sebagai isteri dan akhirnya saya mengotakan perkara itu empat tahun kemudian.”

Karim mengatakan yang dia tak kisah jika orang mengeji dan mencacinya. Tohmahan itu tak akan membuatkan dia putus asa untuk teruskan perkahwinan sebab tanggungjawab dia adalah mendidik Ayu supaya semakin mendekatkan diri kepada Allah. Dia juga berjanji tak akan ‘menyentuh’ isterinya sehinggalah Ayu umur 16 tahun nanti. Ada 5 tahun lagi tu…

Kawin
sumber: blog

“Jika saya berkahwin hanya kerana nafsu, sudah tentu kami tinggal bersama dan tidak perlu menunggu sehingga lima tahun. Namun, selepas berkahwin saya rasa lega kerana boleh membimbingnya mendekati Allah selain menjaga kebajikannya tanpa dosa.”

“Saya sedar ramai yang mengecam dan marahkan saya, namun mereka orang luar yang tidak kenal saya mahupun keluarganya. Saya berjanji akan mengemudi rumah tangga kami dengan baik.”

Tak pernah dengar ada manusia normal teringin nak mendirikan rumah tangga dengan budak umur tujuh tahun…

Baca: Peraih Getah Nak Segera Daftarkan Perkahwinan

Daad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.