in

Peraih Getah Nak Segera Daftarkan Perkahwinan

Budak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lelaki peraih getah berusia 41 tahun menggemparkan negara apabila mengahwini gadis yang baru berusia 11 tahun. Biarpun menerima kecaman ramai, pasangan tersebut tidak mahu berpisah dan kini menunggu untuk mendaftar perkahwinan di Malaysia.


Menurut Harian Metro, Che Abdul Karim Che Hamid yang merupakan seorang ustaz dan peraih getah sudah menyerahkan dokumen perkahwinan kepada Pejabat Agama di negara ini.

“Saya sudah serahkan dokumen perkahwinan kepada Pejabat Agama Jajahan Gua Musang dan menunggu untuk didaftarkan di negara ini.”

Jldj
sumber: blog

“Pejabat agama akan berurusan dengan Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum perkahwinan saya dengan isteri ketiga yang juga warga negara Thailand dapat didaftar secara sah.”

Karim yang juga imam surau di Gua Musang memaklumkan bahawa dia mahu urusan perkahwinannya dengan isteri ketiga itu segera diselesaikan dan berharap tak ada lagi isu yang akan timbul selepas ni.

Peraih getah ini menegaskan bahawa isteri pertama dan kedua dapat menerima perkahwinan ketiganya dan hubungan bersama ketiga-tiga isteri dalam keadaan baik.

Okay
sumber: facebook

“Alhamdulillah, semua isteri dapat menerima perkahwinan kami kerana saya berlaku adil kepada mereka termasuk menyediakan rumah dan kereta setiap seorang.”

“Biasa la, pada awal perkahwinan mesti ada sebelah pihak (isteri kedua) yang akan marah, namun kini kemarahannya sudah reda dan dia dapat menerima perkahwinan saya dengan isteri ketiga.”

Karim juga ada menyatakan tentang peranan penting dia sebagai seorang suami adalah untuk berlaku adil kepada tiga orang isteri serta enam orang anaknya.

Dhlashdsl
sumber: facebook

Perkahwinan mereka yang berlangsung di negara jiran sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana tak mendapat keizinan isteri pertama dan kedua serta tak meminta kebenaran Mahkamah Shariah.

Korang rasa Pejabat Agama di Malaysia akan luluskan tak pendaftaran perkahwinan dorang ni?

Baca: Budak 11 Tahun Kahwin Lelaki 41 Tahun, Ini Yang Korang Perlu Tahu

Sjalsjalsasd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.