in

“Dah bentang bukti Najib seleweng, tapi Apandi enggan siasat”

532C29F70Fd59Bf594E5B7F459Da7348 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas satu-satu cerita keluar pasal bekas Perdana Menteri ke-6 kita ni. Tun M baru-baru ni telah membuat kenyataan mendakwa Peguam Negara Mohamad Apandi Ali yang kini diberi cuti, menyorok bukti segala kesalahan yang dilakukan. Kali ini ahli panel siasatan pula bersuara.


Menurut Malaysiakini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah mendapat bukti bahawa sejumlah besar wang telah dipindahkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

 

Apandi tolak siasat kes 1MDB

Dalam kejadian yang berlaku pada 2015 ini, SPRM mendakwa RM42 juta (AS$10.6 juta) telah dimasukkan kepada akaun bekas Perdana Menteri ke-6 dariepada bekas sebuah anak syarikat 1MDB.

Seorang ahli panel penyiasatan, Lim Chee Wee memberitahu bahawa cadangan untuk siasatan lanjut terhadap kes tersebut ditolak oleh Apandi.

6F5F69Cebd178Fa9Dc462Ef5F04F6E98
sumber: malaysiakini

 

Najib konsisten menafikan penyelewengan

Biarpun ditekan oleh pelbagai pihak, Najib begitu konsisten menafikan yang dia ada melakukan sebarang salah laku berkaitan rasuah melibatkan 1MDB dan menegaskan dana jutaan ringgit di akaun peribadi tu derma daripada kerajaan Arab Saudi.

Buat masa ini, sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland sedang menyiasat kes penyelewengan 1MDB.

532C29F70Fd59Bf594E5B7F459Da7348
sumber: malaysiakini

 

Dah bentang bukti tapi tak dihirau Apandi

Lim turut mendedahkan bahawa Apandi telah dibentangkan dengan bukti oleh SPRM pada akhir tahun 2015 bahawa Najib ada menerima sejumlah AS$10.6 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. Namun, Apandi enggan menyiasat kes tersebut.

“AG enggan menyiasat lanjut walaupun bukti menunjukkan bahawa Najib menerima secara langsung atau tidak wang RM42 juta dari SRC.”

Lim dan seorang lagi ahli panel lain P Sundramoorthy, seorang ahli kriminologi dari Universiti Sains Malaysia, juga memberitahu bahawa Apandi berulang kali menolak permintaan SPRM untuk mendapatkan bantuan undang-undang daripada kerajaan asing bagi mengesan dana yang hilang dari 1MDB.

9Fc3Acb39E95Def137140A28B0A3Bdd1
sumber: malaysiakini

Orang dah tunjuk jelas-jelas bukti penyelewengan pun boleh dia buat dek je. Semoga kes ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin!

Baca: “Apandi sorok bukti kesalahan 1MDB” – Tun M

Ptj02 171016 Peguam Negara 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.