in

“Dah banyak kali didenda” – Lelaki Dijel Lepas 2 Tahun ‘Seksa’ Jiran Dengan Bunyi Kuda Setiap Malam

Kuda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan berjiran ni memang banyak ragamnya. Ada jiran yang baik dan boleh dibuat kawan, tapi, ada juga jiran tu yang berperangai aneh sampai kita garu kepala nak faham apa yang diorang ni fikir.


Bercakap mengenai kehidupan berjiran, admin nak kongsikan mengenai mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi jiran-jiran yang tinggal berdekatan unit apartment seorang lelaki di Rusia ini. Selama dua tahun, tidur malam mereka tak pernah tenang sebab asyik diganggu bunyi aneh dari rumah lelaki itu.

Yuri E1626580686664

Lapor News18, insiden terbabit berlaku di Bandar Nizhny Novgorod, Rusia, di mana Yuri Kondratyev, 47, telah ‘menyeksa’ jiran-jirannya setiap malam sejak tahun 2018 dengan memainkan bunyi kuda berlari atau mendengus.

Difahamkan, jiran-jiran yang terkesan dengan perbuatan Yuri itu telah memfailkan sebanyak 80 aduan kepada pihak berkuasa sehingga membawa kepada penangkapan lelaki terbabit.

Kena buang kerja & ditinggalkan kekasih jadi permulaan

Img 3033
Gambar hiasan

Menurut laporan, Yuri selalunya ‘menyeksa’ jiran-jirannya dengan memainkan lagu dengan kuat namun, dia menukar ‘cara seksaannya’ dengan memainkan bunyi kuda. Lebih parah, ada jiran yang berkata, Yuri akan memainkan bunyi pelik itu selama dua jam pada setiap malam sehingga menganggu tidur mereka.

Pada mulanya, jiran-jiran lelaki terbabit cuba untuk berbincang dengan Yuri dan ada menganggap lelaki itu menghidap masalah mental. Pun begitu, lelaki terbabit mempunyai surat sah daripada seorang pakar psikiatri yan mengesahkan dia tidak mempunyai apa-apa masalah mental. Dia kemudiannya buat banyak salinan surat tu dan sumbatkan dalam peti surat jiran-jiran dia.

Maklumat lanjut kemudian mendedahkan, Yuri mula ‘menyeksa’ jiran-jirannya selepas lelaki itu kehilangan kerja dan ditinggalkan kekasihnya. Namun begitu, motif sebenar Yuri menganggu jiran-jirannya selama 2 tahun masih tak diketahui.

Banyak kali didenda tapi tak pernah bayar

Smithfield Foods Fined Wrbm Large E1626580772979
Gambar hiasan

Kata sumber, pihak berkuasa tempatan telah menerima sebanyak 80 aduan mengenai Yuri antara bulan April 2018 dan Disember 2020 dan lelaki itu pun sudah banyak kali didenda kerana menganggu ketenteraman orang lain. Namun begitu, dia tak pernah membayar mana-mana denda, malah, Yuri masih terus menganggu jiran-jirannya dengan bunyi kuda.

Disebabkan tindakan degilnya itu, Yuri akhirnya ditahan polis dan dipenjarakan selama tiga tahun setengah pada 9 Julai lalu.

Untuk info, kes terbabit mungkin yang pertama sepertinya berlaku di Rusia dimana seseorang individu dituduh dibawah Artikel 117 Kod Jenayah Rusia kerana menganggu jiran-jiran dipenjarakan. Selalunya, mereka yang dituduh hanya akan didenda sahaja. Tapi kalau dah sampai 2 tahun & denda pun tak pernah bayar…

Sumber: News18

Baca: “2, 3 pagi bising aku dah tak boleh tahan” – Netizen ‘Grab Pop Corn’ Tengok Video Wanita Mengamuk Bawa Pisau Serang Jiran Sebab…

Jiran9 E1626578049730

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.