in

“2, 3 pagi bising aku dah tak boleh tahan” – Netizen ‘Grab Pop Corn’ Tengok Video Wanita Mengamuk Bawa Pisau Serang Jiran Sebab…

Jiran9 E1626578049730

Hidup berjiran ni kenalah saling bertolak ansur, jaga keharmonian sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi, selain saudara mara, jiran-jiranlah orang terdekat yang boleh bantu kita kalau kesusahan nanti.

Namun hidup berjiran ni juga macam-macam ragam, ada yang boleh ‘masuk’ dan ada yang tak sampai serang dan bertekak sesama sendiri sampai bawa pisau.

 

2,3 pagi bising aku dah tak boleh tahan dah ni”

Video yang viral di Facebook sejak beberapa hari lepas ini telah menarik perhatian netizen, seorang wanita mengamuk datang serang bawa pisau ke rumah jirannya kerana terlalu bengang asyik buat bising.

Dilihat pasangan suami isteri itu cuba menentang dan wanita tersebut dan membuat keputusan untuk merakamnya.

Dalam pertengkaran mereka, wanita itu ada sebut rumah pasangan ini ada buat bising pukul 2, 3 pagi dan itu membuatkan dia rasa tak tahan.

Ia dinafikan oleh si suami, malah wanita tersebut juga marah kerana budak-budak dikatakan ada buat kecoh.

Ia telah mariah lebih daripada 1,100 jumlah tontonan sepanjang 3 hari ia dimuatnaik. Bermacam-macam reaksi netizen bila melihatnya.

Ada yang menyebelahi wanita tersebut dan ramai juga yang mengecamnya.

 

Pergi duduk dalam hutan – Netizen

Jiran Jiran2 Jiran3 Jiran4 Jiran5

Walaupun masih belum dapat punca sahih pergaduhan mereka, lokasi kejadian ini dikatakan terjadi disekitar ibu kota. Sebab ada mention DBKL.

Hurm, pendek kata, duduk berjiran ni kenalah hidup dalam bertoleransi, masing-masing bertolak ansur.

 

Baca : “Ni tak ada common sense” – Netizen Troll Jiran Ini Sebab Sidai Baju Sampai ke Pagar Rumah Sebelah

Troll