“Dah bank in lepastu block orang” – Careful Guys, Ini Senarai Scammer Curi Duit Cakap Jual Face Mask

Tengah satu dunia kalut dengan wabak Covid-19 ni, mesti ada manusia yang nak ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Macam yang korang tahu, kalau pergi mana-mana farmasi pun sekarang ni memang memanjang je tak ada face mask atau hand sanitizer. Peniaga-peniaga online pula ramai yang ambil kesempatan sampai harga 3 ply mask yang dulu paling mahal pun dijual dengan harga RM30, sekarang ni nak dapat sekotak RM50 pun susah.

Tak cukup dengan tu, ada pulak orang-orang yang tak bertanggungjawab, menangguk di air yang keruh. Tengah-tengah orang kelam kabut cari face mask dan sanggup bayar walaupun harga cekik darah, ada pulak yang menipu, cakap jual face mask tapi bila orang dah bayar, boleh diam je.

Disebabkan terlalu banyak orang yang scam ni, seorang individu telah ambil inisiatif mengeluarkan list scammer yang menipu orang dengan menggunakan modus operandi menjual face mask.

Be careful gaisss

 

Baca: “Nak buat duit punya pasal” – Kilang Thailand Kena Cekup Sebab Seterika Mask Dah Pakai & Jual Macam Baru

Sumber: The Star

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson